Soalan: Jatuh ke talak
Nama*: | Sharifah |
Tajuk*: | Jatuh ke talak |
Message*: | Assalamualaikum ustaz..
Sy ingin bertanya.. Adakah jatuh talak sekiranya suami berkata " kalau kau lawan aku hari ini jatuh talak 1" si isteri tidak melawan hanya menangis sambil berkata sy xde niat nk melawan abang.. Apa yg sy nk ialah abg paham perasaan sy.. Pujuk sy klu saya merajuk...kemudian suami pun pujuk sambil berkata.. Ok awak blk, drive elok2..nanti sy call lagi...
Tapi hati kami dua2 was2.. Suami berkata nanti sy blk kita bncgkan status kita.. Sbb kami xpasti yg talak tersebut jatuh atau tidak..setelah berbincang sy yakin sy tidak Ada melawan kata2 suami.. Says pun bertanya suami spa maksud melawan pada dia.. Dia ckp kalau sy menengking2 dia.. Dan dia pun yakin sy tidak lgsg melawan dia.. Perlukah kami merujuk ke pejabat agama? |
File Upload: | |
Salam
Pada kefahaman saya, ia tidak menjatuhkan talak.. Isteri tidak melawan suami pada ketika itu.. tidak terjadinya pelanggaran taklik.
Itu yg saya faham.
tk
Visitor IP: 123.136.112.148
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.