Tuesday, January 31, 2017

Soalan: sekadar bertanye

Nama*:razis
Tajuk*:sekadar bertanye
Message*:assalamualaikum.. saya nak bertanya apakah jatuh talak sekiranya seseorang itu melafaz secara maiming ketika menghembus nafas dan ditekak tanpa mengeluarkan perkataan dan ketika itu mulut dan lidah tidak bergerak.. bunyi lafaz macam lafaz soreh adakah jatuh talak tanpa sebutan perkataan yang jelas
File Upload:
Salam

Kenapa nak sebut talak... tak baik tu.. suami kena sabar dan belajarlah jadi suami sejati.

Mimming shj, tidak menjatuhkan talak.

tk

Visitor IP: 123.136.112.137

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: buntu

Nama*:suesweet1990@gmail.com
Tajuk*:buntu
Message*:assalammualaikum ustaz.sy pernah brnikah dgn suami d thailand ketika tahun 2007,pada tahun 2015.pernah ada krisis dan brpsah slma 9bln tanpa rujuk ke pjbt agama mana2,kni kmbli brsma tnpa rjuk@nikah kmbli.sy srg brtgkar dgnnya ats byk fktor,bla sy suarakan tntg hbgn yg slh n hrm ni.brbgai alasan d beri.trkdg hlg ksbrn dan rsa hrmt kpdnye,sy xsggp untk hdp dgn bgni.jahil2 sy,masih sdar akn hkum hakam,bruk baik sesuatu prkra.krna syg sy msh menegur.menjaga,dan ambil brt tntg byk prkra,wlu hkikatnya,sy trluka,merana sbb slma 8bln ini,xda prbhan,,apa yg perlu sy lakukan?
File Upload:
Salam

Apa maksud BERPISAH selama 9 bulan? Berpisah tanpa cerai atau memang cerai?

Jika cerai, kenalah buat nikah yang baru baharulah boleh sah kembali sebagai suami isteri. Jika main hentam je, zinalah jawabnya...

Puan bawalah kes ini ke pejabat agama dan dapatkan bantuan pakar kauseling atau sesiapa yg patut..

tk

Visitor IP: 107.167.98.155

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, January 30, 2017

Soalan: Jatuh talak atau tidak

Nama*:Diana
Tajuk*:Jatuh talak atau tidak
Message*:Salam ustaz...
Masa makan tengah hari dengan suami, saya offer lauk ikan pada suami...saya cakap pada suami :

Saya :"nak ikan?"...
Suami : "nak"..
Saya : "nak sayur"?.
Suami ; "nak"...

Then saya gurau dengan suami...
Saya cakap "abang nak saya"?...
Suami sambil senyum cakap
"tak nak"..


Soalan saya: boleh jatuh talak ke bila suami jawab macam tu?
Jawab "tak nak".
File Upload:
Salam

Tak jatuh lah talak.. itukan gurau si suami yg tiada terlintas padanya utk cerai.. puan  ni yang bermasalah... hehe...tk

Visitor IP: 113.210.201.52

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Hukum suami mengulangi lafaz taqlik selepas nikah dgn sebab nenjawab pertanyaan isteri

Nama*:Safina
Tajuk*:Hukum suami mengulangi lafaz taqlik selepas nikah dgn sebab nenjawab pertanyaan isteri
Message*:Telah menjadi syarat kepada setiap pasangan apabila selesai majlis akad
nikah, pengantin lelaki diminta melafaz taliq.

Apakah hukum dimana saya
dengan sengaja bertanya kepada suami apakah lafaz taliq yang abang lafazkan semasa selepas akad nikah?

Kemudian suami saya pun melafaz & memberitahu lafaz taqlik tersebut : apabila saya tinggalkan isteri saya selama 3bulan, tak beri nafkah zahir,nafkah batin, atau saya hilang tanpa diketahui, maka jatuhlah talak satu...
Tapi saya macam ingat2 lupa , bila saya tanya suami : abg ada sebut tak kalau mengadu ke mahkamah & mahkamah dapati ia benar ,maka jatuh talak..
Suami jawab : entahlar, abang pun tak ingat abg ada cakap atau tidak pasal mengadu je mahkamah tu.


Saya terkejut dengar,sbb dlm surat nikah bahagian lafaz taqlik, ada tertulis : jika dia (isteri) mengadu ke mahkamah & selepas siasatan mahkamah mendapati ia benar, maka jatuh lar talak satu..


Adakah ia pun dikira lafaz taliq walaupun suami hanya memberitahu
sekadar alar kadar seperti ingat-ingat lupa.

Adakah lafaz taqlik yg suami lafaz atas menjawab pertanyaan saya tu BOLEH DISABIT SEBAGAI TAQLIK BARU & DIGUNAPAKAI?

Mohon jawapan ustaz, saya risau fikirkan nya...sbb ada masa suami outstation lebih dari 3bulan...;(
File Upload:
Salam

Suami hanya mengulangi taklik yg disebutkan dalam majlis akad, maka yg tersebut dalam majlis akad itulah yang sah dan sahih. Yang diulang itu tidak tepat kerana dia cuba mengingat kembali tanpa sedar ada kekhilafannya.

tk

Visitor IP: 113.210.201.52

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, January 28, 2017

Soalan: Adakah ia lafaz talak?

Nama*:Ros
Tajuk*:Adakah ia lafaz talak?
Message*:Assalamualaikum,

Ustaz,

Saya ingin bertanya ayat ini " kalau awk tak nak ,seribu kali saya tak nak / tak ingin" kami bersembang2 ,tapi suami ada ckp mcm tu.. adakah ia lafaz talak.

Terima kasih
File Upload:
Salam

Talak hanya akan terjadi dengan lafaz yg jelas dan terang membawa makna talak. Kes ini ia tidak sampai ke tahap itu.. tk

Visitor IP: 113.210.192.176

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Peranan isteri

Nama*:Yang keliru
Tajuk*:Peranan isteri
Message*:Salam ustaz. Sy sudah berkahwin selama 2 tahun. Sebenarnya, isu kewangan menjadi masalah No 1 dalam rumahtangga saya. Alhamdulillah gaji saya besar, lebih dari suami saya. Saya pernah beritahu suami saya sewaktu saya mengandung bahawa saya boleh bayar untuk persiapan anak yang bakal dilahirkan, dan meminta suami saya utk membiayai persiapan utk masuk rumah baru. Namun dari sebelum anak saya lahir sampai sekarang anak saya berumur 1 tahun, semua dari head to toe saya bayar termasuk susu, baju dan lampin. Saya juga turut menyumbang kepada bayaran bulanan pinjaman rumah dan perabot di dalam rumah. Saya tahu saya mampu, tapi suami macam tidak menghargai. Dia menganggap semua berkaitan dengan anak saya akan selesaikan. Dia tidak pernah bertanya samada susu masih ada, lampin cukup. Untuk pengetahuan ustaz, persiapan raya juga saya sediakan selama dua tahun. Suami saya tidak pernah membelikan apa apa bentuk hadiah kepada saya sepanjang perkahwinan. Tapi, alhamdulillah, sebagai wanita bekerjaya, suami saya memahami. Dia tidak pernah memaksa saya untuk memasak, kerana dia lebih suka memasak. Namun kemas rumah tanggungjawab saya. Suatu hari, saya mengambil keputusan untuk membeli satu lagi rumah pinjaman atas nama saya. Saya pernah memberi tahu suami saya. Walaupun dia tidak setuju saya tetap teruskan niat, kerana saya berfikir saya telah banyak menyumbang dan membantu suami saya dalam membiayai keluarga kami. Rumah yang saya beli ini adalah milik saya dan saya belikan utk anak saya utk masa akan datang. Adakah saya dianggap derhaka kepada suami? Bolehkah suami saya melepaskan tanggungjawab menjaga dan membiayai anak kepada isteri?
File Upload:
Salam

Tahniah puan kerana bersabar dan meneruskan asam garam rumah tangga.

Tugas mencari nafkah letaknya pada suami, namun dalam kes seperti ini malah dalam realiti kita hari ini, tugas ini kita pikul bersama. Baik suami mahupun isteri, sama sama berganding bahu menyara hidup rumah tangga.

Kes yang puan lalui adalah normal, cumanya suami semacam terleka dengan AMANAH dan TUGASnya sebagai ketua rumah tangga. Puan kenalah bantu suami menyedarkan tugasnya sebagai suami, berilah dia kesedaran akan tanggungjawabnya utk menyara hidup keluarga.

Soal puan beli rumah baru itu, langkah yang bijak.Beli rumah tak akan rugi.. biarlah ia jadi aset akan datang, namun puan kenalah belajar menghargai dan merundingi suami juga. Suami tak nak kisah hal kewangan kerana isteri juga buat tak peduli kewangan suami.. barangkali..

Moga berbahagia kelak.. bagi tazkirah sikit kat suami tu.. tk

Visitor IP: 115.164.177.123

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, January 27, 2017

Soalan: Lafaz Terang & Jelas

Nama*:Ingin Tahu
Tajuk*:Lafaz Terang & Jelas
Message*:Assalamualaikum... Ustaz, apakah yang dimaksudkan dengan lafaz terang & jelas dlm talak? Adakah dri segi volume suara yang perlu terang sbutannya? Maknanya jika suara timbul sedikit tenggelam maknanya lafaz itu tidak terang?

Tk
File Upload:
Salam

JElas disebut CERAI atau TALAK; spt ayat; AKU CERAIKAN KAMU...

itulah maksud terang dan jelas.. bukan sekadar suaranya, tetapi perkataan yg diucap itu adalah nyata iaitu CERAI atau TALAK.

tk

Visitor IP: 203.82.81.163

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, January 25, 2017

Soalan: penjelasan

Nama*:hamba Allah
Tajuk*:penjelasan
Message*:assalamualaikum ustaz.. saya perlukan penjelasan mengenai lafaz kinayah.. terlebih dahulu saya bersyukur atas pengurangan perasaan was-was dalam diri atas nasihat ustaz yang dulu. disini saya cuma nak tanya ustaz..
1. apakah terjadinya lafaz kinayah selepas seorang suami itu menyanyikan lagu tersalah lirik maksudnya lirik asal " harus tak kan ku biarkan engkau pergi" tetapi sisuami tersalah " harus nyatakan ku biarkan engkau pergi" setelah tengok lirik ternyata tersalah sebut selama ni.. tp suami menyanyi sendirian..

2. ketika tersalah lirik itu tibe2 hatinya terdetik lirik tu macam kata2 perpisahan.. sisuami ad gangguan was2 sebelum itu memng ad lintasan macam kearah penceraian disebabkan nak elak die menyanyi lagu yang tadi tu supaya dapat lari dari lintasan tetapi bile sisuami menyanyi die tak tau pulak lirik tu tersalah dan ada kata2 lafaz kinayah.. setelah itu die keliru yang didalam hati itu lintasan atau niat.. sedangkan hubungan dengan isteri tidak ad masalah.. adakah dikira lafaz kinayah dan jatuh ke ta*** ?

3. setelah rungsing memikirkan perkara itu sisuami melafaz rujuk dalam hati.. apakah status rujuk tu ?

harap ustaz membantu
File Upload:
Salam

Nyanyian adalah hiburan hati.. kenapa anda perlu kaitkan ia dengan cerai dan talak. Usah dicampur-adukkan lagu dengan cerai..

Ubati dan rawati penyakit was was itu.. Tak semua benda disebut berpisah adalah membawa maksud cerai.. jangan layan gangguan yg mendatang.

tk

Visitor IP: 123.136.112.254

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Lafaz dan cerai

Nama*:Mohd Noh
Tajuk*:Lafaz dan cerai
Message*:as`kum Ustaz, sy nj kepastiaan dgn sy msj yg sy hntr kpd ipar seperti ini ;`Abg nk lpskn akak.kalau`:. Adakah jatuh talak?
File Upload:add-ons.png
Salam

Ia satu pernyataan sahaja, bukannya lafaz cerai lagi.. Tidak terjadi talak pada kes ini.

tk

Visitor IP: 183.171.19.89

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, January 23, 2017

Soalan: Masalah cairan

Nama*:Izzat jufri
Tajuk*:Masalah cairan
Message*:Assalam ustaz..izinkan sye nk brtnya..sye remaja berusia 22 tahun..masalah saya bgini..pgi td sye ade bermimpi seperti mengenai perempuan lalu sye cepat2 bangun dan lihat pda kmluan sye nampakkan ciri ia bertali lekit tipis,mse sye suluh dgn lampu untuk check tu sye lihat cairan itu berkilau2,ia leleh dibibir kmluan sblah luar,sye sedar mcm biasa dan rsenye tidak ad rse seperti memancut..adakah perlu untuk sye mandi hadas?

Keduanya,air mazi bolehkah keluar semasa sedang tidur?sebab setiap pagi kmluan saya mesti kelihatan lembab dan ad cairan yg leleh pada bibir kmluan luar itu..itu memang ciri mazi kah ustaz?
File Upload:
Salam

Air mazi jernih dan nipis. ia keluar tanpa perlu 'kemuncak'

Jika tiada mimpi kemuncak, ada air yg keluar, angggaplah ia air mazi dan memadai basuhan sahaja.

tk

Visitor IP: 107.167.108.171

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, January 22, 2017

Soalan: Lafaz Soreh

Nama*:Hamba Allah
Tajuk*:Lafaz Soreh
Message*:السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
Ustaz, sy ada sedikit kemusykilan... Bolehkah lafaz soreh seperti "aku c...... kau" yang dilafazkan sendirian tanpa ditujukan kepada isteri & tanpa niat untuk bercerai boleh menjatuhkan talak?

Terima kasih...
File Upload:
Salam

Lafaz cerai yg jelas (soreh) walaupun dilafazkan bersendirian akan tetap menjatuhkan talak.

Jangan sebut talak kpd isteri.. ia adalah sah.

tk

Visitor IP: 183.171.174.138

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Lafaz talak.

Nama*:One
Tajuk*:Lafaz talak.
Message*:Salam ustaz.
Baru ni sy dgn isteri ade sdikit pertelingkahan.dan isteri saya ade menyebut die menyesal kawin dengan saya.then sy ade lafazkan. "Kalau awk menyesal kawin dengan saya, nanti saya lepaskan la". Soalan sy ustaz.adekah lafaz sy yg td dikira jatuh talak?
File Upload:
Salam

kalimah 'nanti saya lepaskan" ia menunjukkan akan datang, dan ia tidak menjatuhkan talak lagi.

tk
Visitor IP: 115.164.55.81

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, January 21, 2017

Soalan: Takliq

Nama*:Ilmi
Tajuk*:Takliq
Message*:Salam ustaz.

Adakah lafaz takliq dikira sah jika dilafazkan kepada isteri yang masih dalam tempoh iddah?

Adakah takliq terus terlaksana selepas rujuk ataupun perlu melafazkan takliq kembali?

Terima kasih
File Upload:
Taklik untuk menceraikan isteri, tetapi bagi isteri yang telah diceraikan dan masih dalam edah, lafaz taklik tidaklah dikira.

Selepas rujuk, taklik yg lama akan terbatal.. perlu buat taklik baru jika 'nak menyusahkan hidup anda lagi'.. hehe

Visitor IP: 42.153.39.13

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Nusyuz

Nama*:Ain
Tajuk*:Nusyuz
Message*:Nusyuzkah sy bla sy halau suami sy dr rumah? Suami tidak pernah bekerja sepanjang tempoh perkahwinan. Tempat tinggal makan pakai sy sorang tanggung. Suami panas baran tapi belum smpai tahap memukul sy. Maki hamun mmg mainan di mulut dia. Suami kerap minum air ketum dan sy syak dia ada ambil dadah. Untuk keselamatan kluarga sy minta suami keluar dr rumah. Sy sedar sy bukan isteri yang baik tapi sy xmampu menipu diri sndr. Nusyuzkah sy atau suami sy yg derhaka?
File Upload:
Salam

Bagus juga puan berbuat demikian, mungkin utk kesedaran dirinya.. Suami pemalas ni kena usir je.. tak bertanggungjawab..

Elok bawa kes spt ini ke mahkamah agar dapat ditentukan kedudukannya.



Visitor IP: 175.137.64.146

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, January 20, 2017

Soalan: halal atau haram

Nama*:Ikah
Tajuk*:halal atau haram
Message*:Assalamualaikum
saya ingin mengajukan 1 soalan , sy berkerja sebagai seorang kerani disebuah syarikat swasta . masalah berkenaan dengan pembyaran gaji pekerja . pengarah syarikat selalu memotong gaji pekerja tanpa alasan yang kukuh , selalunya pemotongan kurang rm50 dibuat tiap bulan keatas seorang pekerja tanpa alasan . adakah saya yang membuat kerja berkenaan dengan kerani ini turut sana menanggung dosa ? mohon penjelasan dari ustaz . saya benar2 buntu . apa yang perlu saya lakukan ?
File Upload:
Salam

Orang bawahan mcm kita ni.. kita buat je la ikut bos cakap.. what to do... kita tak dosa, tp bos yg dosa..

Namun sebagai muslim, kita boleh berhikmah bertanya dan meminta penjelasan drp bos kenapa hak pekerja hendak ditarik? itu zalim namanya, kecualilah ada bukti yang jelas.. Dalam bab ni, kita kena nasihati bos tp dgn cara yg cukup sopan.. bawa bos ke program tazkirah ke.. hehe...

tk

Visitor IP: 115.132.236.14

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: berbohong status suami isteri

Nama*:zalina
Tajuk*:berbohong status suami isteri
Message*:salam..saya nak tanya...sy ada menjalankan perniagaan langsir..tugas saya ambil order dan suami pergi ukur..untuk elak pelanggan banyak pertanyaan..suami berbohong kata saya yg terima order bukan isterinya...dan di rumah dia menceritakan semula situasi yang tak ngaku saya isterinya kepada saya...ayat berbunyi " saya cakap kat orang tu awak dan saya bukan suami isteri"... adakah jatuh talak jika dia cakap macam tu dengan saya dengan niat bercerita tentang kebohongan itu.
File Upload:
Salam

Tidak menjatuhkan talak...

Selamt berniaga.. langsir pun income banyak tu... tahniah

Visitor IP: 113.210.50.137

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Pijak bekas tapak kaki anjing

Nama*:Nurul
Tajuk*:Pijak bekas tapak kaki anjing
Message*:Salam...saya ada terpijak bekas tapak kaki anjing yang basah di atas lantai simen depan kedai dan pada masa yg sama kasut yang saya pakai pun basah jugak sebab hari hujan masa tu. Jadi perlu ke saya samak kasut dan alas kaki kereta saya?
File Upload:
Salam
Tidak perlu disamak kerana kasut tu tak dibawa ke solat...

lagi pun kasut tu anda bawa berjalan-jalan ke luar dan ia akan membersihkan najis berkenaan secara semula jadi

tk


Visitor IP: 183.171.174.231

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Kinayah

Nama*:Mieqa
Tajuk*:Kinayah
Message*:Salam ustaz.

Jika suami berkata kepada isterinya "kau bukan ada suami macam aku pun" atau "aku bukan ada isteri macam kau pun".

Adakah jatuh talak dengan berkata begini?

Terima kasih
File Upload:
Salam

Jika tiada niat utk cerai, ia tidaklah menjatuhkan talak.

tk

Visitor IP: 42.153.39.9

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, January 18, 2017

Soalan: KELIRU

Nama*:FASHA
Tajuk*:KELIRU
Message*:SAYA TINGGAL BERASINGAN DENGAN SUAMI DI ATAS FAKTOR KERJA,TAPI SAYA AKAN PULANG KE RUMAH SUAMI SETIAP HUJUNG MINGGU.BEBERAPA KALI KAMI BERGADH,SUAMI KERAP MENGATAKAN BAHAWA SAYA TIDAK PERLU LAGI PULANG KE RUMAH BELIAU DAN BELIAU SUDAH TIDAK MAHU MELIHAT MUKA SAYA. ADAKAH INI BOLEH MENYEBABKAN JATUHNYA TALAK KE ATAS SAYA?
File Upload:
Salam

Marah dan kata-kata suami seperti itu tidaklah menjatuhkan talak. Talak hanya akan jatuh setelah suami secara jelas menceraikan isterinya seperti perkataan AKU CERAIKAN KAMU..

Tk

Visitor IP: 219.92.81.113

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, January 17, 2017

Soalan: Lafaz talak kerana was was

Nama*:Saidin
Tajuk*:Lafaz talak kerana was was
Message*:Assalam ustz,
Saya seorang yg berpenyakit was was yg sgt kronik, sehingga dia akui oleh doctor serta memerlukan rawatan di hospital dan juga rawatan Islam. Saya sering ingin menyebut talak, jika berlaku perselisihan walau pon kecil dengan isteri saya perkara pertama akan saya berfikir ialah talak. Saya berselisih faham dengan isteri sehingga saya terlintas dan berkata-kata di dalam hati menceraikan dia... Tetapi kerana penyakit was was saya ini saya seolah olah terdengar seperti saya telah melafazkan di bibir... Perkara ini berlaku hari2 kepada saya walau pon jika saya bersendirian dan tidak bergaduh dgn isteri. Dalam kes ini kerana terlalu was was saya menyebut talak itu didepannya tetapi kerana tidak mahu menjatuhkan talak saya mengubah ayat menjadi 'aku ceraikan kau nanti kang'. Ayat itu saya yakin tidak menjatuhkan talak tetapi saya ragu ragu dengan niat saya, kerana ingin menyebut talak yg saya rasa seolah olah terdengar dibibir tadi dan untuk memastikan perbezaan sebutan jelas atau tidak maka saya tidak dapat mengawal daripada menyebutnya. Saya menjadi was was dengan niat sendiri. Mulanya niat nak sebut talak tetapi kerana tidak mahu bercerai saya ubah menjadi satu ugutan. Apakah telah jatuh talak atau tidak? Saya sgt runsing dengan keadaan ini, hari hari ianya berlaku sehingga memberi tekanan kepada saya dan juga isteri... Walau pon berselisih saya tetap syg pada isteri dan tidak mahu bercerai.
File Upload:
Salam

Talak tidak terjadi sekiranya tiada niat untuk TALAK. Ungkapan yang terkeluar mungkin kerana penyakit yang dihadapi.

Rawatilah penyakit saudara.

tk

Visitor IP: 115.164.48.113

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: mandi wajib

Nama*:azfar
Tajuk*:mandi wajib
Message*:assalamuaikum ustaz, apa hukum:

1.lepas mandi wajib baru saya perasan ada kotoran di kuku . lepastu saya basuh kotoran tersebut . apa hukum mandi wajib saya.
File Upload:
Salam

Sah mandi wajibnya. Memadai membasuh pada kawasan yg tidak terkena air lagi tu..

tk

Visitor IP: 168.235.196.42

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, January 16, 2017

Soalan: keliru pasal talak

Nama*:danny
Tajuk*:keliru pasal talak
Message*:Saya ingin bertanya mcm mana hukumnya kalau dah sah jatuh talak satu dimahkamah dan kemudian selang beberapa tahun kemudian berlaku masalah lagi dan suami menceraikan dengan lafaz "aku ceraikan kau dengan talak 2″…tapi niat si suami cume nak jatuhkan isterinya talak kedua.Adakah jatuh talak tiga atau talak dua..?
File Upload:
Salam

Jika itu yang dimaksudkan suami, maka sebegitulah hukumnya.. Jatuhlah talak kali kedua.

Kes seperti ini elok dibawa ke mahkamah utk pengesahan. tk


Visitor IP: 210.195.4.113

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, January 15, 2017

Soalan: Jatuh @ tidak talak

Nama*:fifie
Tajuk*:Jatuh @ tidak talak
Message*:Assalamualaikum ustaz.
Sy nak tanye berkenaan isu lafaz taklik oleh suami sy melalui sms. Haritu sy ade bergaduh dengan suami sy sebab dia keluar lepak lepas balik kerja. Seharian dia x tido sbb dia kerja ikot shift. Sy marah dia sbb sy nak dia rehat. Esoknye dia kena pergi kerja pukul 5 pg. Sy pun start membebel dkt dia. sampai la dia chat sy dia cakap;

suami : Lepas ni kau keluar dengan kawan aku haramkan.
suami : Kau keluar dengan kawan aku lepaskan kau.
suami : Aku dah sumpah dah ni.
suami : Kau buat jatuh talak.

Masalah sy sekarang, sy duduk jauh dengan suami. sy sewa rumah dengan kawan tempat kerja. sy pergi kerja sama sama dgn kawan. makan sama sama. sy pun ade buat business yang mmg kena jumpe kawan untuk bg barang. suami pulak cakap sy boleh keluar dengan sahabat bukan kawan. tp sy x yakin ape beza sahabat dengan kawan. lepastu suami suruh sy anggap semua kawan sy tu saudara sy. so x ade la berlaku ape ape. tp sy x yakin. sy sentiase x sedap hati bile fikir hal ni. Harap ustaz dpt bantu sy. Sy nak tahu apekah yang suami saya sms tu benar benar bermaksud lafaz taklik? dan sy nak tahu ape akan terjadi bile sy keluar pergi kerja, makan bersama dan jalankan business sy yang terpakse berhubung dgn kawan kawan?
File Upload:
Salam

Seperkara yg boleh dipertikaikan di sini ialah kalimah AKU LEPASKAN KAU.. ia boleh menjadi taklik talak jika lepaskan di sini bermaksud ceraikan. Tapi jika lepaskan kau bermaksud lepas bebas nak keluar atau tidak, ia tidaklah membawa kepada taklik talak.

Jika ia benar membawa kepada taklik talak, maka isteri tidak boleh keluar dengan kawannya. Jika keluar dengan kawannya, akan terjatuhlah talak satu.

Pada saya, biarlah terjatuh talak satu. Kemudian rujuk semula dan selepas itu SUAMI jangan sesekali nak buat taklik lagi.. BELAJARLAH sikit bab talak dan taklik ni.. hehe..

tk

Visitor IP: 170.38.23.24

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Kenalpasti

Nama*:Muhd hadi bin rashid
Tajuk*:Kenalpasti
Message*:Salamwarahmatullah..ustaz,saya nak kongsi masalah sedikit.saya seorang yang was2,saya ingin minta pertolongan ustaz..perlukah mandi hadas jika selepas saya bangun dari tidur saya ada nampak cairan lekit bertali tipis,bila lihat teliti tidak ada warna,ia leleh sekitar bibir kemaluan..saya tidak ada rasa lazat,sedap atau memancut..saya sedar dari tidur dan tergerak hati untuk check kmluan saya..dan saya nmpak ciri seperti itu..kuantiti cairan itu sederhana dibahagian bibir kmluan saya..tolong saya dan selalu sgt was2..adakah itu hanya air mazi sahaja?? Atau itu mani?? Saya ada bertanya juga pada org laen dan mereka kata itu mazi..saya mahukan kepastian dari ustaz juga adakah itu memang air mazi dan tak perlu mandi hadas?
File Upload:
Salam

JIka benar tidak ada kemuncak pada mimpi, ia adalah air mazi. Memadai dengan basuhan sahaja.

tk

Visitor IP: 107.167.113.134

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz cerai

Nama*:sue
Tajuk*:lafaz cerai
Message*:assalamualaikum ustaz.. saya nk bertanyakn kpd ustaz.. saya bergaduh dgn suami saya.. slps itu sy minta cerai dan pada masa utu juga dye melafazkn "aku ceraikan kau syura" adakah ia boleyh jatuh talak???
File Upload:
Salam

Dengan lafaz yang terang dan jelas seperti itu, maka terjadilah talak ke atas isteri. Ini disegi hukumnya.

Sila bwa kes ini ke mahkamah bg mendapatkan pengesahan.

tk

Visitor IP: 61.6.116.7

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Keluar dari rumah

Nama*:Puan Z
Tajuk*:Keluar dari rumah
Message*:Assalamualaikum ustaz. Semasa bergaduh suami ada menyebut kau keluar dari rumah aku ni. Aku dah benci tengok muka kau.
Soalannya. Bolehkah saya keluar rumah dan tak balik lagi. Sebab saya betul2 patah hati sebab kata2 dia pada saya menunjukkan dia dah benci sangat pada saya dan tak perlu la lagi saya tinggal dengan dia. Dan saya dah nekad nak bercerai. Adakah saya dikira nusyuz. Bolehkah saya tuntut hak saya dan hak penjagaan anak2 saya.
Terima kasih uztas.
File Upload:
Salam

Puan, kes ini tidak sampai ke tahap cerai lagi.. cuma suami membenci atas apa yang terjadi pada hari berkenaan.

Puan boleh keluar rumah, tetapi masalah tidak selesai. Sebaiknya kembali bertenang dan pujuklah suami agar hubungan kalian kembali bertaut. Perceraian bukan jalan singkat utk menyelesaikan masalah. Bersabarlah.

Jika suami benar-benar telah menceraikan puan, tidak apalah puan bergelandangan di rumah lain.. tk



Visitor IP: 183.171.22.227

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, January 12, 2017

Soalan: minta penjelasan

Nama*:Hamba allah
Tajuk*:minta penjelasan
Message*:asalammualaikum ustaz...
nak tanya...
Sedang saya memikir mengenai satu insiden talak terjadi atau tidak.(was was)...
Tiba tiba secara tidak sengaja lafaz soreh terpacul/terlafaz keluar dari mulut saya..saya berani bersumpah ketika itu.malah tiada niat pun untuk berpisah dengan isteri ...
adakah talak sudah terjatuh ustaz ....
File Upload:
Salam

Orang yang bermain dengan was-was beginilah keadaannya. Dia tak dapat nak kawal dirinya sendiri. Nak cakap dan tak cakap adalah sama.

Jika benar sdr tiada langsung keinginan dan niat utk cerai, lafaz seperti itu dimaafkan..

Tetapi usah bermain dengan was-was lagi. Hentikan dan ubah diri sendiri.

tk

Visitor IP: 203.106.151.41

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, January 11, 2017

Soalan: Perlukah mandi

Nama*:Shifaq bin rafidi
Tajuk*:Perlukah mandi
Message*:Salam sye berumur 23..nk tnye ustaz semasa bgun pagi tdi..sye tgk ad mcm cairan pda dlm lubang kmluan dan ditepi bibir kmluan itu..sye sentuh ia bertali tipis kjap ada kjap tidak ada..kmluan mse tu pda mulanya dlm keadaan mcm tegang dan lpas dah reda sket nmpk mcm td tu cairan..itu perlu mandi hadas atau tidak? Itu apa ye? Sye ada tnya dgn someone dan dia kte itu mazi..sye nak tnye pndapat ustaz tntg situasi ni adakah mazi atau mani itu? Saya dah solat dan abaikn..tiba2 tergerak hati untuk bertnya pda ustaz..itu ciri mani atau mazi ye?
File Upload:
Jika tidak ada mimpi yg kemuncak, ia bukan air mani. Ia mazi. Memadai dengan basuhan shj.

tk

Visitor IP: 107.167.112.216

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, January 10, 2017

Soalan: was was

Nama*:ida
Tajuk*:was was
Message*:semalam berlaku perkelahian antara sy ngan suami..di pendekan cerita suami telah melafaz memang suami ada niat nak cerai...
Suami berkata "Aku Nak cer..i'(dalam keadaan marah )
ada kah talak terjadi
File Upload:
Salam

JIka suami ucapkan AKU NAK CERAIKAN KAU.. pada pendapat saya, ia tidak jatuh talak kerana adanya perkataan NAK yg membawa maksud AKAN..

tk

Visitor IP: 218.208.254.121

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: terlepas cakap

Nama*:Hamba allah
Tajuk*:terlepas cakap
Message*:asalammualaikum ustaz...
adakah tak sengaja@terlepas cakap lafaz soreh boleh menjatuhkan talak?
File Upload:
Salam

Terlepas cakap tu macam mana?

Jika memang ada niat utk cerai dan melepaskan cakapnya dengan lafaz yg terang dan jelas seperti AKU CERAIKAN KAU.. maka ia dianggap sah dan terjadilah talak.

tk

Visitor IP: 218.208.254.121

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, January 9, 2017

Soalan: Wuduk

Nama*:Sabrina
Tajuk*:Wuduk
Message*:Salam, sideburn saya terlalu panjng sehinggakan boleh ditarik ke belakang telinga. Ketika berwuduk di bahagian muka, perlukah saya tarik sideburn tersebut dan mengalirkan air di sepanjang sideburn? Atau adakah ia mencukupi sekiranya hanya mengenai kulit di sebalik sideburn?
File Upload:
Salam

Elok digosokkan pada bahagian sideburn berkenaan seperti mana janggut juga. Janggut diratakan gosokan air wuduk hingga ke bawahnya, begitu juga sideburn..

tk
Visitor IP: 115.135.81.109

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, January 8, 2017

Soalan: kesan tapak kaki anjing

Nama*:mat
Tajuk*:kesan tapak kaki anjing
Message*:Assalamualaikum,

Ustaz,

lantai rumah saya jenis kalau kaki kita basah kita pijak kemudian bila kering akan meninggalkan kesan pd lantai itu, smlm hujan dan tghari td sy perasan ada kesan tapak kaki anjing sebab tapak nya besar2..berbeza dgn kucing kecil2.mesin basuh dibelakang jadi kaki saya basah dan terpijak kesan2 tapak kaki yg kering ada dilantai rumah saya di luar...perkara ini salalu berlaku kerana rumah saya rumah kampung.kawasan lepas, mohon bantuan dari ustaz?

terima kasih
File Upload:
Salam

Jika benar dipastikan ia adalah kesan tapak kaki anjing, kenlah puan bilaskan dengan 7 kali bilasan sebagaimana membersihkan najis mughallazah.

tk

Visitor IP: 203.62.1.80

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Talak taklik

Nama*:Azree
Tajuk*:Talak taklik
Message*:Assalamualaikum ustaz..
Saya ada berjanji dgn isteri saya, sekiranya saya menelefon / msg lagi dgn bekas kekasih sy maka akan jatuh talak 1..

Soalan sy:
1. Adakah jatuh talak jika bekas kekasih sy msg tetapi sy x membalas?
2. Adakah jatuh talak sekiranya bekas kekasih yg menelefon sy dan saya menjawab.
3.Adakah jatuh talak sekiranya, seseorg menelefon menggunakan no yg saya tidak tahu/ kenali.. Bila sy menjawab dan dapati yg membuat pggilan itu adalah bekas kekasih sy???
4. Sampai bila lafaz taklik ini sah, adalah akan kekal hingga ke akhir hayat?
File Upload:
Salam

Bagus dan tahniah kerana buat taklik yang semudah ini. Akhirnya ia memerangkap diri sendiri.

Wahai para suami, belajarlah sikit ttg hukum nikah kahwin dan cerai berai.. ia melibatkan ikatan pernikahan suami isteri, apabila tak faham, akan terjadilah kes seperti ini yang memperjudikan kesahan ikatan suami isteri.

Maaf saya bagi tazkirah sikit..

Oleh kerana taklik itu jelas bahawa 'suami yang msg gf nya, maka bila gf yang msg, atau call.. tak lah jatuh talak. Tapi ingat bila gf dah msg, suami tak boleh balas sbb ia melibatkan taklik dan suami juga tak boleh lagi menelefon atau sms gf kerana ia melibatkan taklik.

tk


Visitor IP: 123.136.107.44

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Taklik

Nama*:Hamba Allah
Tajuk*:Taklik
Message*:Assalamualaikum ustaz..
Seorang sahabat bertanyakan saya soalan yang agak pelik berkenaan dengan taklik. Jadi saya usulkan soalan beliau kepada ustaz memandangkan ustaz lebih 'expertise' dalam bidang ini.

Soalannya: Sah atau tidak taklik di dalam hati terhadap diri sendiri dengan niat menceraikan isteri tetapi taklik tersebut DIWAKILKAN dengan perbuatan seperti gerakan lidah?

Dia mengatakan, dia telah mengucapkan taklik DI DALAM HATI ketika BERSEORANGAN/ SEORANG DIRI kepada dirinya sendiri dengan niat menceraikan isterinya... Dia telah berkata DI DALAM HATI ..." Kalau aku pergi lagi ke rumah bekas kekasih aku, maka akan jatuh talak 1 terhadap isteriku..".. katanya lagi, dalam masa yang sama dia telah NIATKAN atau SANDARKAN kata-kat taklik dalam hati tersebut kepada gerakan lidah ke kiri dan ke kanan pada waktu itu..agak pelik situasi ini ustaz..

Soalan sahabat saya ni, adakah taklik ini sah ustaz? Adakah akan jatuh talak terhadap isterinya sekiranya dia melanggar taklik ini? Bolehkah atau sah kah taklik jika diniatkan atau disandarkan kepada perbuatan seperti gerakan lidah ustaz?
File Upload:
Salam

Mohon maaf, saya tak dapat nak jawab soalan ini.. mohon maaf banyak-banyak

tk
Visitor IP: 115.132.155.45

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, January 6, 2017

Soalan: Kepastian

Nama*:Mierul95
Tajuk*:Kepastian
Message*:Salam. Nk tnye ustaz..jika bermimpi,berasa mcm kluar tapi bila bgun tgk takde basah..then sye nmpk pda dlm lubng kmluan tu ade cairan sket dan kmudian ia kluar ditepi bibir kmluan..sye sentuh ia bertali tipis,dan sye cbe bau ia takde bau..tgk mcm takde wane dan ia klihatan berkilau2..itu mani atau hanya mazi? Perlu mndi hadas ke??
File Upload:
Salam

MEamdai pergi basuh.. jika dipastikan tak ada kemuncaknya

tk

Visitor IP: 107.167.104.143

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, January 5, 2017

Soalan: Was- was

Nama*:Azman
Tajuk*:Was- was
Message*:Assalamualaikum ustaz.

Tempoh hari saya ada bertengkar dengan Isteri sebab dia masih berhubung dengan bekas kekasih di telefon. Ketika bertengkar saya ada Mengeluarkan kata "kalau kau tak tukar number handphone kau, aku lepaskan kau". Selepas tu isteri saya tukar number handphonenya.
Adakah jatuh talak?

Terima kasih ustaz
File Upload:
Salam

Tidak jatuh talak sbb isteri dah tukar pun no hp

Wahai para suami, janganlah jadi macam ni.. asyik gaduh sikit nak cerai atau sebut taklik cerai.. kan itu tak baik..

BElajarlah sabar sikit, belajarlah jadi orang cerdik dan matang sikit..

tk

Visitor IP: 113.210.192.15

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Keliru

Nama*:Yanti
Tajuk*:Keliru
Message*:Assalamualaikum ustaz
Saya nak tanya..adik ipar saya n suaminya tinggal bersama saya.. Menjadi masalah mereka selalu bertengkar (kdg2 keluar maki hamun n sumpah serana suaminya) dan hampir setiap hari suaminya berkata "aku nak ceraikan kau..aku dah bosan dgn kau..tak ada gunanya isteri mcm kau"
Ada jgk satu hari dia bertaklik "kalau aku plg kg. Kita bercerai" (suaminya ada niat utk bercerai)... Dalam kes ni adakah sdh jatuh talak atau belum?
File Upload:
Salam

Tak jatuh talak selagi suami tak sebutkan betul-betul cerainya.

tk

Visitor IP: 183.171.171.70

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, January 4, 2017

Soalan: Baca kuat dari masjid

Nama*:Ng WN
Tajuk*:Baca kuat dari masjid
Message*:Selamat sejhtira ustas.

Saya non muslim yang rumah hampir masjid taman saya. Tiap hari masjid itu baca baca kuat-kuat menganggu family kami. Gelisah kuat dia baca hari-hari, saya tak tahu apa dia sebut. Azan tu saya tahu yang lain tara tahu. Azan kami selalu ikut tv ada juga, tapi baca-baca banyak kuat.

ustas, bulih ustas macam bagaimana kami mahu lalui ganguan ini ustas.

terima kasih ustas
File Upload:
Salam sejahtera sdr Ng WN

Terima kasih atas pertanyaan yang baik daripada saudara. Mohon maaf kerana agak lewat saya membalas dalam perkara ini. Saya kemukakan pendapat saya, yang tentunya pendapat saya ini tidaklah benar dan tentunya ia tidak boleh dipakai. Hanya pandangan pribadi semata.

GANGGUAN  DARI MASJID

Persoalan ini melibatkan amalan umat Islam khasnya di Malaysia. Ia berkait langsung dengan agama dan ditambah campur pula oleh budaya orang Melayu yang telah lama sebati.

Bagaimana dan apa yang perlu kita perhatikan di sini?

Islam itu agama rahmat

Islam adalah agama yang membawa rahmat ke seluruh alam, ia meliputi seluruh manusia, haiwan, flora dan fauna dan semua yang hidup di alam maya ini. Islam agama rahmat bukan hanya kepada umat Islam dan penganutnya sahaja, malah kepada semua manusia.

Buktinya telah jelas dalam lipatan sejarah tamadun Islam zaman berzaman. Islam membawa keadilan, kemakmuran dan menghargai manusia itu sebagai manusia. Islam melihat manusia dengan penuh penghomatan, kemuliaan atas landas persaudaraan sejagat. Berbeza dengan kapitalis dan sistem lain yang melihat manusia dari unsur kepentingan ekonomi, keperluan kenegaraan, kehendak perkauman dan batasan sosio budaya  yang diwujudkan sendiri oleh akal manusia.

Atas dasar itu, Islam memberikan hak sewajarnya kepada warga negara, baik muslim mahupun bukan muslim. Islam memberi hak dan kebebasan beragama, bersosial (selagi ia tidak mencacatkan ruh keinsanan dan ketuhanan) kepada muslim dan non-muslim.

Warga muslim jika dikenakan zakat, maka warga non muslim dikenakan fidyah dengan syarat yang ketat dan difahami. Keadilan perundangan bukan hanya kepada penganut Islam, malah kepada seluruh warga.  Maka dengan adanya hak, kebebasan dan keadilan itu, maka selayaknya kita menyebut Islam sebagai agama membawa rahmat ke seluruh alam.

Hak-hak jiran

Islam menghargai hak-hak jiran, jiran yang muslim dan bukan muslim. Seorang muslim yang baik tidak akan mengganggu jiran di sebelahnya. Rasulullah dalam beberapa hadisnya menjelaskan;

“Sentiasalah Jibril berpesan kepadaku supaya berbuat baik kepada jiran sehinggakan aku bersangka bahawa jiran itu berhak mewarisi harta pusaka”

Begitu juga kisah seorang muslimah yang banyak ibadat malamnya, siangnya banyak pula berpuasa sunat, hanya kerana lidahnya sering kali menyakiti hati jiran. Lalu apabila diberitakan hal ini kepada Baginda s.a.w, baginda menjelaskan  “wanita ini tempatnya di neraka!”

Allah berfirman yang bermaksud; (Maaf tidak lengkap, saya cuba kemas kini kemudian)

Wal jari zil junubi..


Jelasnya di sini, jiran perlu dijagai hak dan kehormatan mereka. Jiran tidak boleh diganggui keselesaan mereka, jiran tidak juga boleh diketepikan dalam sebarang urusan sosial, kecil atau besar. 

Masjid dan persekitaran kini

Masjid adalah pusat ibadah umat Islam, pusat perpaduan dan pusat aktivisme ummah sepanjang zaman. Mencontohi Masjid Nabawi pada zaman Rasulullah sebagai pusat pentadbiran, pusat pendidikan, pusat mesyuarat (syura), pusat ketenteraan, pusat perundangan dan kehakiman, pusat menerima dan menyambut tetamu luar dan dalam negara; maka sejauh itu juga peranan masjid pada masa kini.

Masjid bukan hanya tempat ibadah khususiyah seperti solat, malah seharusnya menjadi pusat aktivitsme sosial, ekonomi, pendiidikan, pengembangan insan dan pembinaan masyarakat seluruhnya (kepada muslim dan non-muslim). Pun begitu, difahami peranan utama masjid itu kekal sebagai pusat ibadah, khasnya solat yang diadakan pada setiap hari; lima kali sehari berjemaah.

Ibadah Solat

Solat adalah ibadah paling utama di masjid. PErkara lain adalah sampingan dan tambahan sahaja seperti kuliah agama, ibadah korban, maulid Rasul, kursus haji dan sebagainya.  Solat berjemaah hendaklah menjadi keutamaan, oleh itu jika ada siri kuliah maghrib, hendaklah kuliah itu dihentikan ketika masuknya waktu solat Isya. Solat Isyak itu menjadi keutamaan kerana jemaah datang mahu berjemaah, dan jemaah musafir yang singgah juga mahu berjemaah, bukannya mahu mendengar kuliah Maghrib yang tidak pasti berapa lama lagi akan tamat.

Utamakan solat dalam seluruh program di Masjid. Lainlah sesekali majlis besar seperti Maulid Rasul dan kita undang penceramah besar dari luar, tidaklah mengapa dilewatkan solat Isyak atas kesedaran bersama memanfaatkan majlis ilmu daripada orang tertentu pada majlis tertentu.

Azan dan Solat

Azan adalah syiar Islam. Azan perlu diperkuatkan untuk didengar oleh penduduk sekitar. Azan bermaksud ‘panggil’ atau ‘ajak’. Panggil dan ajak kenalah didengari suara pemanggilnya.

Azan adalah sunat dan sunnah Rasulullah s.a.w. Maka masjid hendaklah memperdengarkan azan melalui pembesar suara yang sepatutnya.

Begitu juga iqamah ia perlu dilaungkan supaya memaklumkan solat hendak didirikan segera.

Semasa solat juga, elok diperdengarkan bacaan solat ataupun didengarkan kepada persekitaran kerana ia membantu jemaah untuk solat, selain memaklumkan kepada jemaah yang datang itu, telah berapa rakaat yang disolatkan.

Zikir selepas solat

Zikir selepas solat adalah sunat untuk dilakukan secara bersendirian. Ia tidaklah perlu diperbesarkan atau digunakan speaker luar ketika berzikir sehinggalah bedoa dan mengamimkan doa, bahkan berselawat ketika bersalaman.

Ketika zikir, elok sahaja dimatikan suiz speaker luar sama sekali, dan jika mahu dihidupkan memadai dengan speaker dalaman sahaja.

Pada kes tertentu, zikir imam yang begitu kuat dan nyaring adalah mengganggu jemaah lain yang sedang solat. Ingat, perbuatan imam berzikir dengan kuat sehingga mengganggu jemaah bersolat ia adalah haram dan ditegah. Para imam hendaklah bijak dalam hal ini, jika melihat jemaah ada bersolat lagi, memadailah berzikir dengan nada yang perlahan dan mendamaikan. Bukannya berzikir untuk melahirkan kegahan dirinya sebagai imam, sedangkan perbuatan itu adalah haram dan ditegah. (Nampak bodohnya imam pada ketika itu).

Ini bermakna, masjid kenalah ada dua system pembesar suara, satu untuk dalaman dan satu untuk luaran.  

Solat Jumaat

Untuk solat Jumaat, khutbah adalah sebahagian daripada solat, maka hendaklah khutbah itu diperdengarkan sebagaimana azan itu diperdengarkan.

Kuliah dan ceramah di masjid

Siri kuliah dan ceramah biasa yang diadakan, hendaklah ia menggunakan system pembesar suara dalaman sahaja. Memadai ahli jemaah dalaman masjid sahaja mendengar syarahan berkenaan, orang luar itu tidaklah mereka mahu mendengarnya lagi. Jika mereka mahu mendengar, datanglah beriktikaf di masjid.

Kuliah dan ceramah yang menggunakan system PA luar, akan mengganggu hak-hak kejiranan walaupun ia kelihatan macam baik, tetapi dari sudut hukumnya ia adalah salah dan tidak mendatangkan pahala kepada pengurusan masjid. Ia termasuk dalam perkara mengganggu hak-hak jiran.


Bagaimana pula dengan membaca al-Quran dan bertarhim

MEmbaca al-Quran dan bertarhim (bacaan pada awal pagi sebelum Subuh) adalah suatu yang sunat. Ia tidak menjadi sunnah untuk dibacakan kuat-kuat untuk diperdengarkan oleh penduduk sekitar. Memadai dengan azan itu sahaja sebagai laungan untuk mengajak berjemaah di masjid.

Jika membaca al-Quran secara kuat melalui pembesar suara itu sunat, kenapa pak imam di Masjidil Haram atau Masjid Nabi tak buat perkara yang sama.. Ini kerana mereka tahu bagaimana mahu meraikan jemaah dan persekitarannya.

Untuk waktu Subuh, bolehlah dilakukan azan dua kali. Pertama mungkin 30 minit sebelum Subuh dan azan kedua setelah masuknya waktu Subuh. Ia menjadi sunnah Rasulullah dan wajar ia diamalkan.

Majlis Akad Nikah

Oleh kerana masjid tidak punyai system pembesar suara dalaman, majlis akad nikah juga akhirnya menjadi besar diperbesarkan oleh speaker luaran. Sedangkan penduduk setempat tidaklah perlu tahu dan tidak ada keperluan untuk mengambil tahu siapa yang akan bernikah di masjid pada hari berkenaan.

Islam Agama milik Penguasa

Islam agama yang benar, Islam agama yang harmoni, Islam agama yang membawa rahmat kepada semua makhluk. Namun begitu, dalam konteks politik dan pengurusan hari ini, Islam itu telah diurustadbir oleh penguasa. Dalam sesetengah negeri, para Sultan yang berkuasa menentukan pengamalan Islam yang bagaimana mahu dilaksanakan di negerinya.

Maka di sini, umat Islam akan terikut dan kena patuh dengan apa sahaja arahan penguasa walaupun arahan itu ada kalanya tidak serasi dengan kontens ajaran Islam, tidak sesuai dengan kehebatan Islam sebagai agama rahmat.

Apabila penguasa memerintahkan bacaan al-Quran perlu diperdengarkan sepuluh minit sebelum masuk waktu solat, maka masjid dan surau akan berbuat demikian. Ia adalah satu arahan yang mesti dibuat. Walaupun sebenarnya al-Quran itu tidaklah perlu diperdengarkan oleh satu taman dan satu kampung. Membaca al-Quran dan mendengar al-Quran ada adabnya tersendiri.

“Apabila dibacakan al-Quran, maka hendaklah kamu dengarkannya, dan diamlah kamu.” 

Itulah adab mendengar al-Quran dibacakan. Mana mungkin satu taman akan mendiam diri setelah Pak Bilal membacakan al-Quran melalui corong speaker masjid?

Jalan Penyelesaian

Bagi mengimbangkan kehendak Penguasa dan kerahmatan Islam sebagai agama kepada seluruh manusia, saya cadangkan:

1.      1.  Setiap masjid perlu mempunyai dua sistem pembesar suara, satu untuk aktiviti dalaman dan satu lagi untuk aktiviti luaran (Azan, khutbah jumaat dan syarahan perdana/ majlis khas). Manakala sistem pembesar suara dalaman untuk zikir, kuliah mingguan dan aktiviti kecil yang lain.

2.       2.  Menghadkan waktu bacaan al-Quran sebelum masuknya waktu solat. Contohnya bacaan yang diperdengarkan ke luar itu memadailah lima minit sahaja sebelum masuknya waktu solat untuk diazankan. Mungkin lima minit itu boleh dibuat pada lima minit sebelum azan atau 15 minit sebelum azan diperdengarkan al-Quran untuk tempoh lima minit sahaja. Perkara ini tidak menjadi sunnah dan ia tidak menjadi sunat kepada pendengar, hanya sunat (berpahala) kepada pembacanya sahaja, oleh itu kenapa perlu diperdengarkan kepada orang ramai?

3.       3.. Pihak penguasa agama hendaklah membuka mata dalam hal seperti ini. Ia menjadi warisan berzaman, lalu kita amalkan tanpa pernah memikirkan kesan dan hukum yang bersangkutan dengan hak-hak kejiranan, hokum mambaca al-Quran dan diperdengarkan, sunnah dan sunat yang diamalkan. Tidak ramai penguasa yang faham san tahu, tetapi oleh kerana penguasa itu lebih berkuasa maka orang yang tahu pun terpaksa mengikut kehendak penguasa, sedangkan orang yang tahu itu sepatutnya memperbetulkan keadaan.

4.      4.  Negara Islam kena ada Syiar Islam. Ini sebahagian hujahan orang yang jahil tentang agama bagi membenarkan mereka menguasai agama. Kejahilan beragama menjadikan mereka tidak tahu apakah yang utama dalam menegakkan syiar Islam. Syiar yang  utama ialah menegakkan hukum Allah, menegakkan keadilan Islam, mendirikan masjid dan mengimarahkan masjid, berjemaah di dalam masjid, mewujudkan keharmonian masyarakat dan lain-lain.

Saya pernah ke Kemboja dan di sana memang kita diperdengarkan dengan kuat alunan zikir para sami Buddha daripada wat mereka. Zikir para saminya agak lama dan ia tidak pula dimengerti melainkan mereka yang tahu sahaja. Apakah umat Melayu Islam di sini mahu meniru amalan sami Buddha seperti itu sedangkan agama kita tidak mensyariatkan amalan berkenaan sebagai ibadah?

5.      5.  Bagi lebih adil dan harmoni, saya mencadangkan aktiviti pusat ibadah (masjid, kuil, gereja, tokong, wat dll) di Malaysia perlu diselaraskan agar kegiatan ibadah tidak mengganggu penghuni yang berjiran dengan pusat ibadah. Ia termasuklah gangguan parking, kebisingan, bau busuk, kesesakan laluan, laluan yang ditutup oleh sebab acara agama tertentu, dan lain-lain perkara yang perlu difikir dan diharmonikan bersama.

 Visitor IP: 210.48.147.115

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: talak jauth atau tidak

Nama*:Isa
Tajuk*:talak jauth atau tidak
Message*:asalammualaikum ustaz
adakah lafaz "Aku rasa rasa nak cerai la" terjadinya talak
lafaz tersebut terjadi semasa saya sembang dengan kawan
File Upload:


Visitor IP: 123.136.112.249

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, January 3, 2017

Soalan: Minta penerangan

Nama*:Sufian abu bakar
Tajuk*:Minta penerangan
Message*:Assalam. bleh nk tnye dan maaf ye sye perlukn sgt bntuan..kalau kita bangun dari tidur..sye check dan lihat pda kmluan takde kebasahan pada luarnya..tapi pda dlm bhgian dlm lubng kmluan tu mcm ad cairan yg berkumpul n xde wane..tp ia xkeluar lagi ia just pda dlm lubang kmluan..itu ciri mani ke mazi puan?? Perlukah mandi hadas?kdg kala waktu2 pagi biasa kmluan dlm keadaan mcm trangsang dan ada yg berkata pada sya itu memang normal waktu pagi berlaku mcmtu pada laki2..adakah itu mazi atau mani yg tadi itu atau itu mazi daripada rangsangan kmluan pda waktu pagi itu? Tlg jelaskan.w'salamwarahmatullah
File Upload:
Salam

Memadai dengan basuahan sahaja. Ia air mazi.

Air mani hanya keluar setelah ghairah atau kemuncak.

tk

Visitor IP: 107.167.104.144

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA