Soalan: kencing anak kecil di tilam
Nama*: | fiqah |
Alamat Email: | syafiqah@yahoo.my |
Tajuk*: | kencing anak kecil di tilam |
Message*: | Salam ustaz...saya ibu kpd anak lelaki berusia 2 tahun...setiap mlm anak saya tidur dengan saya..ada masa lampinnya bocor dan aif kencingnya terkena pada tilam.
Bagaimana cara utk saya menyucikan najis air kencing pada tilam itu?
Utk pengetahuan ustaz,saya hanya basahkan kain bercampur dgn sabun dan terus lap pada tompokan air kencing di tilam tersebut..dan saya lap lagi dengan kain basah yg bersih sebanyak 3x..
Setelah tu saya sembur dgn 'febrezee' agar wangi.
Minta pendapat ustaz, adakah apa yg telah saya buat itu dpt menyucikan najis tersebut?
Saya x jemur tilam tu sbb berat..saya hanya keringkan mggunakan kipas. |
File Upload: | |
Visitor IP: 1.9.103.220
Salam.
Itulah sebaiknya cara untuk membersihkan kencing anak pada tilam atau karpet yang berat dan susah untuk diangkat @ alihkan.
Ia perlu disapukan air paling kurang sekali agar hilang zat atau baunya, dikeringkan bagi menghilangkan kesan bau yang mendatang. menggunakna febrezee adalah cara yang baik bagi menghilangkan bau.
tk
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.