Monday, January 20, 2014

Soalan: Lafaz kinayah

Nama*:Abu
Alamat Email:
Tajuk*:Lafaz kinayah
Message*:Aslmkm wbt.



Saya ada sedikit kemusykilan. Ada perkara yg sy buat tidak digemari oleh isteri iaitu keluar main golf semasa dia demam..



Tercetus ketidakpuashatian isteri kemudian beliau pergi ke rumah kakaknya. Isteri mengirim sms mengatakan "jodoh kita mungkin sampai di sini".

Kemudian saya pantas ke rumah kakak beliau untuk membawa isteri pulang ke rumah.



Dipendekkan cerita, sampai di rumah kami berbincang. Sy bertanya kepada isteri adakah beliau benar2 mahu diceraikan? berulang kali. tapi tiada jwpn..

Soalan terakhir sy kpd isteri " syg nak sgt kan?" di susuli dgn "ok. abg keluar"

sy capai beg dan baju tetapi isteri halang sy dr keluar. so sy x jd keluar..

SOALAN SAYA. berlaku kah lafaz kinayah di situ? apa yg patut sy lakukan?

Jazakallah.
File Upload:
Visitor IP: 175.143.235.18




Salam.




Hanya suami yang boleh dan berhak untuk menceraikan isteri. Isteri tidak boleh menceraikan suami.


Dalam kes ini, seolah-olah isteri yang mengesahkan untuk bercerai, sedangkan ia tidak sebegitu dalam hokum syariat kita.




Tidak timbul soal cerai dalam kes ini, kecualilah jika suami yang mengucapkan; aku ceraikan engkau!..




Jika bermain golf tu pun, berpadalah... jangan dibiarkan isteri marah.. ada sebabnya tu kan..






maaf n kt





Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA