Tuesday, January 7, 2014

Soalan: hukum tak suka mak mertua

Nama*:nana
Alamat Email:nana199@yahoo.com.mu
Tajuk*:hukum tak suka mak mertua
Message*:Saya seorang isteri dan tinggal di rumah ibu suami. Masalahnya saya kadang-kadang tak berapa suka dan berkenan dgn mak mertua saya. Sampai saya terasa hati sbb suami sering lebihkan ibunya. Pantang kalau saya terbuat maknya kecil hati..mesti suami marah saya. Apa yg saya buat salah, mak mertua akan mengadu kpd suami dan menyebabkan saya dimarahi oleh suami.


Bila saya ajak suami pindah, gajinya belum cukup utk menyewa rumah.
Hati saya sgt sedih. Saya pun nak rasa hidup berumahtangga bersama suami shj.Apa yg perlu saya buat?


Minta pandangan ustaz?
File Upload:
Visitor IP: 1.9.103.107


Salam.


Puan Nana, berkeluarga dalam satu rumah begitulah halnya, ada sikit yang tak kena di sana sini. Emak buat itu kita rasa salah, suami buat ini pun kita rasa tidak kena.


Beginilah. Suami selayaknya mengutamakan ibu dalam urusan rumah tangga, walaupuan isteri itu ada hak tersendiri yang perlu diberikan. Apabila ada satu kepentingan, suami berhak mengutamakan ibu.


Dalm kes ini, saya faham tindakan suami kadang kala dinilai 'keterlaluan' atas keprihatinannya terhadap ibu. Namun sebagai suami yang bijak, dia seharusnya tahu sempadan antara isteri dan ibu. Dia bijak melihat kehendak ibu dan keperluan seorang isteri.


Saya berpendapat, puan perlu membantu suami untuk berpindah dan mendapatkan kehidupan sendiri sebagai suami isteri. Ia lebih selamat dan lebih mententeramkan jiwa puan daripada berhadapan situasi seperti ini sepanjang masa. Berilah sedikit keyakinan dan sokongan untuk hidup sebagai suami isteri di atas titik peluh sendiri, daripada terus menumpang rumah ibu. Itu tugas dan tanggungjawab suami sebenarnya.


Doa dan ikhtiar...


salam





Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA