| Nama*: | Yana |
| Alamat Email: | |
| Tajuk*: | Isteri bohong hamil di Mahkamah Syariah.. |
| Message*: | Asalam, Nak tanya ustaz berkenaan hak isteri terhadap suami selepas cerai. Permasalahannya, 1) Si isteri berbohong di depan hakim menyatakan bahawa dia hamil ketika diceraikan. Adakah tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap si isteri tadi kerana memberikan keterangan palsu kepada pihak hakim dan menipu bekas suami? 2) Adakah isteri berhak menuntut apa-apa daripada suami? |
| File Upload: |
Salam Puan
Isteri berkenaan telah membohongi mahkamah mengatakan dia hamil ketika diceraikan. Pada saya ia memang menipu dan berdosa (jika benar begitu), namun dari segi hukumnya ia tidak membawa apa-apa kesan. Ini kerana lafaz talak atau cerai yang dilafazkan suami adalah sah dan jatuh talak walaupun ketika isteri mengandung. Ia satu keterangan palsu namun ia tidak membawa apa-apa perubahan pada lafaz talak yang telah dilafazkan.
Semasa dalam edah, isteri berhak tinggal serumah dengan suaminya dan diberi nafkah secukupnya. Setelah habis edah isteri berhak mendapatkan kos penyaraan anak-anak, jika ada. Dan hak harta sepencarian yang boleh diputuskan oleh pihak mahkamah seperti rumah, kereta dan sebagainya.
tk
Powered by EmailMeForm

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.