Thursday, January 16, 2014

Soalan: Beberapa Kemusykilan Tentang Perceraian

Nama*:iza
Alamat Email:heiji_feesh0710@yahoo.com
Tajuk*:Beberapa Kemusykilan Tentang Perceraian
Message*:Assalamualaikum Ustaz. Saya merupakan seorang isteri yang sedang dalam permohonan fasakh di mahkamah tinggi, berikut merupakan beberapa kemusykilan saya:

1) Permohonan fasakh dibuat atas beberapa sebab antaranya gagal tuntutan nafkah batin (lebih dari 4 bulan) dan kemudaratan fizikal yang telah dibuat ke atas saya, suami saya beralasan yang kegagalan memberikan nafkah batin adalah dengan sengaja kerana dia hendak mengajar saya yang dikatakan suka melawan. Adakah tindakannya betul dengan tidak mencampuri saya selama lebih dari 4 bulan?

2) Pada malam suami saya menyebabkan kemudaratan fizikal kepada saya, saya telah keluar dari rumahnya dan kembali ke rumah saya yang berjarak lebih kurang 15 minit. Adakah tindakan saya salah?

3) Setelah permohonan cerai dibuat, perlukah saya meminta keizinan suami untuk keluar rumah?

4) Permohonan cerai ini dibuat setelah sesi kaunseling di PAID tidak membuahkan apa-apa, maka kami berbincang dan bersetuju untuk bercerai secara persetujuan bersama, namun pada hari yang ditetapkan, dia enggan melafazkan cerai dengan alasan masih sayang. Perbincangan kedua dibuat antara kami dan dia mengaku yang dia hanya akan menceraikan saya mengikut masa yang dia akan tetapkan kemudian dan mengatakan bahawa dia enggan menceraikan saya kerana telah banyak pelaburan dibuat semasa kami berkahwin dahulu. Atas sebab pengakuan tersebut, saya telah menarik tuntutan cerai di mahkamah rendah dan memohon fasakh di mahkamah tinggi. Yang menjadikan saya keliru adalah sebab mengapa dia bertindak demikian, dia mengatakan sayang tetapi sepanjang proses ini berlangsung, tidak pernah walau sekalipun dia bertanya tentang keadaan saya dan menunjukkan tanda-tanda mahu berbaik semula. Adakah tindakan saya ini keterlaluan ustaz?
File Upload:
Visitor IP: 183.171.164.106


Salam.


Tuntutan fasakh boleh dibuat oleh isteri setelah isteri tidak sanggup lagi diabaikan atau tidak sanggup lagi pada keadaan suami ketika itu. Ada kes di zaman Rasulullah seorang isteri meminta fasakh kerana suaminya terlalu hitam yang dia tidak sanggup digaulinya.


Dalam kes ini, jika suami pada pandangan puan, telah tidak bertanggungjawab dan mengabaikan puan dalam tempoh yang sepatutnya, maka puan berhak untuk meminta diceraikan atau minta fasakh kepada Mahkamah. Terpulang kepada mahkamah untuk menimbang keadaan puan dalam hal ini, jika mahkamah melihat ia berlaku pengabaian yang teruk, mahkamah boleh meminta suami puan untuk menceraikan puan.


Jika ia perlu dibawa ke mahkamah Tinggi, saya kira ia wajar jika itu hak yang puan sepatutnya dapat.


Maaf n terima kasih.








Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA