Saturday, January 11, 2014

Soalan: jatuh kah talak...?

Nama*:puan ana
Alamat Email:rohanaselamat2a@yahoo.com
Tajuk*:jatuh kah talak...?
Message*:assalamualaikum ustaz...


Saya ada kemusykilan. Lebih kurang tiga minggu yg lepas sy ada bertengkar dgn suami ats sbb2 peribadi. Dalam pertengkaran itu sy ada minta suami melepaskn saya. Suami sy berkata; "Aku boleh lepas kn awk dgn syarat awk jgn tuntut satu ape pun dlm umah ni. Awak boleh cari umah sewa dn awk dok kt umah sewa tu...pg aku akn htr srpn pagi, tengah hari aku htr mkn tghari dn mlm aku htr mkn mlm.....ckup 3 bln 10 hri abis tggjwp aku dn awk leh pegi ke mna pun awk suka...awk nk pegi kl ke..johor ke...ke langit hijau ke...ikut suka awk..lantak lah..xde kena mngena2 dgn aku lg.."


Soalan sy adakah jatuh talak bila suami sy lafaz kn kata-kata mcm tu. Sebelum ini pun dia selalu ckp mcm tu. Tolonglah bagi saya jawapan. Saya tak nak terus berdosa jika betul-betul talak dh jatuh dn sy masih lg duduk serumah.


tq

File Upload:
Visitor IP: 124.13.163.232



Salam.


Jawapan suami seperti itu tidaklah menjatuhkan talak kerana dia tidak menyebut secara langsung menceraikan puan. Ia masih berlapik pada alasan 'aku boleh lepaskan awak dengan syarat'... yang menjadikan talak itu terhalang tidak terjatuh.


Namun cuba berbaik dengan suami dan bantulah dia agar dia tidak mempermainkan sebutan talak. Ia tidak baik sama sekali dalam sebuah rumah tangga.


Sebaiknya, kita perlu saling memahami dan menghargai sesama sendiri. Moga bahagian hendaknya.


Terima kasih.




Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA