Sunday, January 26, 2014

Soalan: was was kepada suami

Nama*:ina
Alamat Email:zanina@yahoo.my
Tajuk*:was was kepada suami
Message*:Salam ustaz...saya dan suami bila bergaduh mesti saya je dipersalahkan..dan bila suami tengah marah..dia akan tolak kepala saya guna jari tgn dia...saya rasa macam orang bodoh diperlakukan spt itu..

Apabila sudah reda..suami akan pujuk saya..akan cuba buat saya tersenyum..dia akan buat lawak supaya saya senyum...tapi saya rasa susah sgt nk lupa akan sikapnya terhadap saya bila bergaduh dimana dia akan tinggikan suaranya. Saya sedih ustaz. terasa susah nak lupa. Kasih sayang saya seakan sudah kurang terhadapnya. Dia ada mengatakan dia sayang kepada saya, cuma tolong jgn ulang benda yg dia tak suka.

Apa yg perlu saya buat ustaz? Perlukah saya memaafkannya dan terima dia?
Saya rasa macam nak minta cerai je..tapi bila memikirkan anak2 yg masih terlalu kecil, saya batalkan...
Apa pendapat ustaz...
File Upload:
Visitor IP: 1.9.102.166

Salam Puan Ina

Dalam rumah tangga, perselisihan itu adalah lumrah. Bergaduh itu normal, tak bergaduh itu luar biasa. Cuma jangan samapi teruk sangat bergaduh, itu tak baik. Perlu disegerakan perdamaian suami isteri, sama ada isteri yang mengalah mahupun suami yang mengalah. Tak ada yang tewas kalau kita mengalah.. kerana yang penting kita nak bina kebahagiaan dalam rumah tangga kita.

Ego sikitlah kita, itu yang susah hendak mendamaikan dua jiwa suami isteri.

Dalam kes ini, pertamanya puan perlu elakkan punca kepada perselisihan. Ada perkara yang suami tidak suka, kita perlu elakkan jangan dibuat lagi.

Keduanya puan perlu menyatakan rasa hati tidak senang atas tindakannya mencucuk kepala dengan jari. Puan nyatakan pada masa tenang dan pada masa dia senang mendengar luahan kita. Katakan baik-baik supaya suami tidak ulangi perbuatan yang sama. (Kita fahamlah, cara marah orang tu tak sama, ada yang diam membatu dan ada yang agresif dan ada juga yang main cucuk kepala...)

Ketiganya, puan jangan fikir dan jangan ada angan-angan nak cerai atau nak minta cerai. Tak baik begitu. Bersabarlah membantu suami untuk melayan puan dengan baik, berilah dia peluang untuk membahagiakan puan. Bersabarlah. Lelaki mana-manapun ada kelemahannya, ada keburukannya.. usah didambakan suami seperti malaikat, tidak ada di alam maya..

Berdoalah sentiasa kepada Allah, jaga solat dan biasakan solat berjemaah dengan suami dan anak-anak. Usahakan yang ini.. ia penting untuk membahagiakan kita.

terima kasih.

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA