Wednesday, July 12, 2017

Soalan: talak

Nama*:harris
Tajuk*:talak
Message*:asalamamualaikum ustaz,
jatuh talak tak situasi ini

sebelum ini suami pernah was was satu lafaz talak. lafaz tu 'aku ceraikan isteriku'. suami tak ambil tahu sebab ada kemungkinan was was sahaja. jadi ketika sendirian suami ada bercerita konon konon berdepan dengan isteri untuk mengadu lafaz berkenaan tetapi berubah ke 'abg ceraikan siti' iaitu isteri bernama siti. bukan niat nak cerai hanya sebagai perkataan nak bercerita kepada isteri.

ketika mengadu kepada isteri tentang kejadian itu, suami bgtau 'abg ada cakap yg abg ceraikan siti'. hanya untuk bgtau isteri yg suami ada lafaz tetapi hanya niat nak mengadu.

adakah jatuh talak dalam dua situasi tadi?

tm
File Upload:
Salam

Jika was-was sama ada cerai atau tidak, maka kembali kepada asalnya iaitu TIDAK menceraikan isteri.

Jika ia benar satu penceritaan seperti ayat; "abang dulu tak pasti pernah sebut ke tidak lafaz abang ceraikan siti' Abang tak pasti.."

Jika ia satu penceritaan seperti situasi di atas, ia tidaklah menjatuhkan talak.

tk

Visitor IP: 175.138.122.58

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA