Soalan: Baca Al-Quran
Nama*: | Ingin Tahu |
Tajuk*: | Baca Al-Quran |
Message*: | Assalamualaikum...
Ustaz, di sini sy ada sedikit kemusykilan, adakah boleh jatuh talak sekiranya ketika membaca surah At-Talaq adanya lintasan hati tntg perceraian? Terutama sekali ketika membaca perkataan talak... Lintasan hati ini untuk pengetahuan ustad sukar dikawal... Sy yakin niat sy membaca al-Quran adalah utk memurnikan jiwa & ingin memenuhi tuntutan sy sbgi umat Islam tetapi lintasan hati ini membuatkan sy betul2 bingung seakan ianya sebati dijiwa... Sy amat sygkan isteri... Tetapi setiap kali sy sampai ke surah At-Talaq @ lain2 surah yg ada terkandung perkataan talak lintasan hati ini akan muncul membuatkan sy jd risau ketika membacanya... Bantula sy ustaz...
Terima kasih... |
File Upload: | |
Salam
Ia tidak menjatuhkan talak.
CUma perlu diingatkan, suami jangan melayan was-was yang mendatang. ABAIkan segera..
tk
Visitor IP: 42.153.59.59
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.