Monday, July 24, 2017

Soalan: Adakah jatuh talak?

Nama*:Rozi
Tajuk*:Adakah jatuh talak?
Message*:Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya. Saya cakap marah-marah suruh isteri buatkan susu untuk anak, isteri suruh saya, saya suruh isteri. Masa tu pukul 2 pagi, memang masing-masing malas nak bangun. Saya cakap kat isteri "awok gi lah", saya ulang lagi "gi lah", saya ulang lagi "gi lah" , dalam keadaan marah dan tinggi suara tu datang lintasan hati mengenai penceraian, mengatakan saya cakap gitu bermaksud bercerai, tetapi saya tak ingat lintasan tu datang diawal perbualan atau ditengah-tengah perbualan. Memang perasaan marah ada tapi niat yang kuat tu takde laa nak sampai bercerai-berai. Walaubagaimanapun dalam keadaan marah-marah tu saya dan isteri sama-sama turun ke dapur buat susu tu. Cuma ada lintasan hati yang menjadikan saya rungsing sama ada jatuh talak atau tidak. Terima kasih ustaz.
File Upload:
Salam

Jika tiada niat yang khusus untuk cerai, maka ia tidaklah menjatuhkan talak.

Lepas ni buat giliran siapa yang kena bangun bancuh susu anak????

hehhe



Visitor IP: 115.164.218.126

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA