Sunday, July 16, 2017

Soalan: slm ustaz

Nama*:hendry
Tajuk*:slm ustaz
Message*:bolehkah taklik terjadi bergantung kepada kejadian lepas?
contohnya
'kalau kau pernah buat......... jatuh talak'
soalan kedua
adakah taklik jatuh tanpa didengar isteri
contohnya
'kalau isteri buat....... jatuh talak' (tanpa pengetahuan isteri)
tqvm
File Upload:
Salam

Taklik kepada perkara atau kejadian lepas BOLEH dikira sah jika ia dibuat atas PENGAKUAN atau PERBAHASAN antara suami isteri terjadi. Contohnya isteri tidak mengaku dia pernah buat itu dan ini, maka suami melafazkan taklik atas perbuatan itu, maka taklik itu dikira terpakai dan sah.

Oleh itu isteri kenalah berterus terang pada perkara lepas jika itu kehendak sang suami yang macam buaya tu.. op sorrrrryyy

Taklik tidak terjadi jika lafaz itu tidak diketahui atau didengar oleh suami. Isteri dia buat hal dia seperti biasa tanpa dia ketahui perbuatan itu termasuk dalam TAKLIK yang suami lafazkan sendiri. Oleh itu taklik suami adalah tidak sah. Taklik hendaklah dimaklumkan kepada isteri.

tk

Visitor IP: 183.78.47.117

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA