Soalan: suami melafaz taklik
Nama*: | aina |
Tajuk*: | suami melafaz taklik |
Message*: | aslm ustaz,
kebelakangan ni saya dapati suami agak kemurungan. setelah seminggu saya tanya barulah dia bgtau. masa bulan puasa lepas dia cakap dia ada melafaz taklik kepada saya. dia tak tahu kenapa dia lafaz. sebelum tu dia ada terfikir satu contoh taklik. kemudian dia ada lafaz tp bukannya contoh yang dia fikirkan. dia tak pasti adakah itu contoh atau lain lain. tp dia bukan berniat nak taklik saya. dia kerap menangis takut takut dia ada niat. saya tak tahu nak buat apa. dia cakap lafaz tu jelas. lafaznya lebih kurang 'kalau aku buat xxxxx isteriku jatuh taklik. kenalan saya bgtau taklik jatuh kalau ada perkataan talak atau cerai. selain tu memerlukan niat. suami tak tahu apa niatnya ketika itu. apa yang kami perlu buat. suami tak seceria dulu. kerap termenung |
File Upload: | |
Salam
JIka benar suami melafazkan taklik berkenaan dan dia jelas dan tahu takliknya, maka terjadilah talak apabila suami melanggar taklik berkenaan.
Suami boleh merujuk kembali kepada isteri yang diceraikan.
tk
Visitor IP: 183.78.47.186
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.