Wednesday, July 19, 2017

Soalan: Inai kalis air?

Nama*:Hamba Allah
Tajuk*:Inai kalis air?
Message*:salam ustaz
ana ada problem
harap2 ustaz bleh tlg

aritu ana ade beli one henna/inai
halal je inai tu
so ana guna la
dah lama jugak
sempat la mandi wajib with the inai

and ari ni ana pakai balik inai tu
nk renew the colour
and i just noticed,it actually bukan works mcm inai kampung or inai mekah
dia mmg akan bagi effect colour kat nails
but at the same time dia actually buat satu lapisan warna atas kuku tu T__T

dia mcm pewarna kuku
ana dah try kikis
some part ade yg tanggal
tp still ada yg belum
sgt susah nk tanggalkan

dah cuba guna toner
and i dont hv the nail colour remover tu

my concern now,mandi wajib ana yg dulu2 tu,sah ke x?
because ana x sure masa tu my nails terlapis with this henna atau x (sbb lama2 dia mcm makin pudar)

ana perlu qada' ke solat2 ana yg lepas mandi wajib tu?

help
ana dah try cari jawapan dlm internet
didnt help much
File Upload:
Salam

Wow bermadah pujangga la pula..

Inai tradisional hanyalah pewarna yang mewarnakan kuku atau tangan. Ia tidak menjejaskan air terkena pada anggota badan. Inai hari ini, saya tidak pasti. Jika ia sekadar pewarna sahaja, ia boleh digunakan selagi tidak menghalang air terkena kulit.

Jika ia berselaput seperti lequid paper tu, maka ia tidak sesuai digunakan oleh muslimah. Sebarang bentuk inai yang berselaput (ada lapisan), hendaklah dielakkan kerana ia menghalang air ketika berwuduk mahupun mandi hadas besar.

Perkara yang lepas OK.. yang akan datang jangan buat lagi.. tu je...

ok tq..

Nak naik gunung pulak ni.. jom hiking...

tk


Visitor IP: 113.210.52.64

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA