Soalan: Cerai
Nama*: | Naurah |
Tajuk*: | Cerai |
Message*: | Baru-baru ini saya dan suami bergaduh melalui whatsapp. Dalam dialognya melalui whatsapp tersebut suami ada tulis "kalau syg tak suka abang dah abang lepaskan sayang" & "aku lepaskan ko la". Kedua-dua perkataan ini disebut ketika dia marah melalui whatsapp. Sesudah itu, saya face to face dengan suami untuk kepastian suami,suami cakap dia x sebut cerai pun dia cakap lepaskan.Lepas tu "dia kata terpulang pada awak.Kalau awak nak, saya lepaskan. Saya serabut."Pada hal saya tidak meminta cerai langsung pada suami.
Soalan saya adakah jatuh talak atau cerai untuk keadaan ini? |
File Upload: | |
Salam
Akui pengakuan suami. Jika suami tidak bermaksud untuk cerai, maka tidaklah terjadinya cerai.
tk
Visitor IP: 14.192.210.34
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.