Wednesday, July 19, 2017

Soalan: pertanyaan

Nama*:mohd
Tajuk*:pertanyaan
Message*:aslm, ustaz
saya ingin bertanya tentang kejadian berlaku kepada saya.
dahulu saya abaikan keluarga. selalu pukul anak. tak jaga isteri bila isteri sakit. sekarang saya dah sedar bila mulai hadir sesi-sesi kuliah maghrib. saya betul betul menyesal la ustaz.
dua hari lepas saya kerap menangis disebabkan kelakuan saya dahulu. masa menangis saya seolah olah bercakap dengan isteri walaupun hanya saya seorang. masa menangis saya ada cakap lafaz soreh. saya tak pasti bentuk cadangan ke atau bercerita ke atau lain lain sebab. yg nyata dan pasti bukan saya nak jatuhkan talak kepada isteri. hanyalah menggambarkan penyesalan saya abaikan mereka. perkataan tu saya tak ingat. saya takut takut jatuh talak. saya bgtau dah isteri dan kami belum lg ke pejabat ugama. nak tanya ustaz dahulu untuk tindakan selanjutnya

waslm
File Upload:
Salam

Alhamdulillah syukur atas kesedaran yang Allah berikan kepada kita. Moga kita bahagia hingga ke syurga Allah kelak.. Mohon doakan kepada saya juga.. moga kita ketemu di syurga-Nya.

Jiak tidak ada lafaz yang jelas, talak tidak akan terjadi. Penyesalan yang disebut dengan perkataan sesal, sedih.. dsb ia tidaklah menjatuhkan talak. Talak perlukan NIAT dan QASAD yang jelas.

tk

Visitor IP: 118.101.218.76

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA