Soalan: terlafaz talak
Nama*: | mohd |
Tajuk*: | terlafaz talak |
Message*: | assalamualaikum, ketika dengan isteri, si suami terlafaz talak soreh akibat terbayang bayang lafaz talak sebab kerap menonton youtube agama tentang penceraian. lafaz memang soreh tuju ke isteri (tak berniat) tetapi tak pasti samada dengan suara bisik atau dengung kerongkong. sebab isteri memang tak dengar walaupun berhampiran. si suami sendiri tak pasti kenapa dia lafazkan. niatnya cuma nak cakap dlm hati tetapi terlajak lafaz mulut. cuma suara tak pasti sebab kalau suara normal mesti isterinya akan dengar.
1. adakah jatuh talak walaupun tanpa niat seperti situasi di atas? (tiada pergaduhan sebelumnya)
2. adakah ia salah satu ciri was was. sbb suami pernah was was dlm solat, mandi wajib, dll tetapi mungkin telah pulih atau hampir pulih
3. sebelum bertanya kepada tuan, suami ada lafaz soreh 'aku rujuk isteriku sekiranya tertalak'. dengan niat kalau kalau sah talaknya.
4. adakah lafaz talak perlu jelas seperti rukun qauli?
harap ruan dpt membantu. |
File Upload: | |
Salam
Tiada talak terjadi sekiranya suami tidak menyebut lafaz talak seara jelas dan ditujukan kepada isterinya.
tk
Visitor IP: 183.78.47.223
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.