Monday, February 20, 2017

Soalan: Cerai

Nama*:Intan
Tajuk*:Cerai
Message*:Assalamualaikum ustaz...saya ingin minta pendapat ustaz...saya adelah

isteri kedua...saya berkahwin dengan suami diatas permintaan keluarga sebelah suami..kerana isteri pertama mempunyai masalah dengan keluarga suami...semenjak saya berkahwin..cuma 4 bulan sahaja yang bahagia..selepas itu..saya dan suami seperti panas..asyik bertengkar...benda kecik pun diperbesarkan....ibu mertua saya minta saya berubat...saya dan suami pergi berubat..memang betul..ade orang ingin hancurkan rumahtangga kami...merata kami berubat..semua mengatakan begitu...bertahan 2 k 3 bulan..kami panas kembali...kemane kami pergi seperti ada orang mengikuti...saya sendiri pernah melihat makluk hitam ada di dalam bilik tidur saya...anak kecik saya kerap kali menangis waktu malam...bila saya pergi jumpa berubatan islam...sering mengatakan..ada makluk mengikuti kami..bukan seekor...3 k 4 ekor...sepanjang perkahwinan saya...suami ade lafazkan talak kepada saya...yang pertama kami rujuk...yang kedua kami buat pengesah pada imam masjid...tapi imam masjid mengatakan tidak sah...kerana keadaan suami masa tu dipengaruhi oleh sihir...yg ketiga pun begitu...baru2 nie kami bertengkar...suami lafaz lagi di dalam telefon...bila kami bergaduh...kami tak melawan kemarahan tu...rasa membuak- buak nak marah...bila dah reda...baru masing2 rasa macam kosong...kenapa boleh bercakap macam tu.. Suami tak berniat nak lafaz...tapi kerana terlampau marah....sebelum pergaduhan ni berlaku..saya seperti tidak suka dengan suami saya...ingin minta pencerahan dari ustaz tentang status kami...
File Upload:
Salam

Jika benar ia adalah mainan syaitan yang disihirkan, maka ungkapan talak itu tidak tikira kerana ia diluar kawarasan akal suami.

Walau bagaimanapun, puan kena bawa kes ini ke pej agama bagi penjelasan lanjut.

Berusahalah untuk kembali sembuh..

tk

Visitor IP: 123.136.111.236

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA