Soalan: bintikan hitam pada tapak kaki
Nama*: | muhd saufi bin husaini |
Tajuk*: | bintikan hitam pada tapak kaki |
Message*: | salam ustaz, nk tanya, saya selesai melaksanakn mandi wajib, kemudian terus pergi ke masjid dan bersolat jemaah. balik dari solat itu, saya perasaan ada bintikan hitam pada tapak kaki. lalu saya terus pergi ke bilik air dan hilangkan trus bintik itu. adakah cara itu memadai dan sah? tak perlu sampai nak mandi semula kan? walaupun dah siap solat dan lepas dari itu nampak memadai basuh saja kan bahagian itu memadai? saya fikir ia lepas dari mandi sebab masa saya keluar bersolat mesti ada pijak kasut, pijak lantai dan apa2 an.. tapi saya dah nampak itu balik dari solat tu memadai basuh saja bahagian itu sja kan ustaz? tak perlu sampai nak mandi balik kan? |
File Upload: | |
Salam
Sah solat anda.. CUma tempat yang berbintik itu, kena basuh lah...
tk
Visitor IP: 107.167.112.73
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.