Sunday, February 19, 2017

Soalan: Jatuh talak ke ? Jika suami lafazkan kau nak cerai samgakatka okay aku ceraikan kan sebab kau yanh nak !

Nama*:Hanezz
Tajuk*:Jatuh talak ke ? Jika suami lafazkan kau nak cerai samgakatka okay aku ceraikan kan sebab kau yanh nak !
Message*:Salam ustaz saya ada keraguan dimana saya dan suami memang ade bertengkar tapi kami da berbincang dan berbaik semula kalau nak diikutkan saya dan suami sah bercerai dengan talak 1 sebelum ni sebab suami tidak faham dengan apa yang dicakpakn tetapi tetap jatuh talak 1 . Saya dan suami redha dan kami rujuk semula . Tapi masalah y berlaku baru2 ni dimana sumai sedang tidur saya kejutkan suami yang tengaj lena dengan kasar dan memaksa suami saya bagun kira2 5.30 pagi . Selepas tu saya mula bergaduh dan cakap macam2 hingga suami saya jadi macam orang yang tak siuma dia tampar muka dia berkali dan menangis lalu saya cakap yang saya dah tak tahan nak hidup dengam dia lagi lalu saya cakap kau ceraikan saja aku . Suami saya terus menjerit cakap kau nak sangkat kan? Okay kalau macam tu aku ceraikan kau sebab kau yang nak sangat .lepas tu suami menangis tak berhenti2 dan pengsan mulut keluar buih2 tangan mcm nak kena strock . Lepas tu saya saya hubungi ambulance dan suami di bawa kehospital suami saya mungkin ada masalah kuman dalam otak . Sepanjang suami di hospital saya tak tanya hal yang berlaku dan lafaz yang di ucapkan . Lepas suami beransur pulih kami pulang kerumah dan saya ada tanya kan solan hby ingat tak yang kita gaduh sebelum hby pengsan ? Suami cakap y dia tak ingt apa2 melainkan dia pengsan dan dah ade dalam hospital . Banyak kali saya tanya dia yakin dah pasti yang dia memang tak ingat apa2 . Macam mana tu ustaz suami memang langsung tak ingat apa2 .
File Upload:
Salam

Jika benar dia bertindak diluar kesedarannya, ia tidak terjadinya talak.. (kerana berpenyakit)
tk

Visitor IP: 123.136.111.31

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA