Soalan: Adakah jatuh talak
Nama*: | Toi |
Tajuk*: | Adakah jatuh talak |
Message*: | Salam ustaz,
Ketika saya baru nak berehat dari kepenatan,
Isteri saya memanggil saya untuk membuat sedikit kerja.
Lantas saya pun ada sedikit marah lalu mengatakan ' Ish, Dia ni memang tak boleh la...'.
Kemudian ada lintasan hati menyambung dalam hati ' tak
Boleh la jadi isteri'.
Kemudian saya cepat2 melafazkan ' dia ni memang tk
Boleh la tengok aku senang sedikit'.
Adakah jatuh talak begitu? Kerana ada lintasan hati menyambung selepas saya ucap 'dia ni memang tak boleh la.'
Terima kasih. |
File Upload: | |
Salam
Lintasan hati spt itu tidaklah terjadinya talak.
usah dilayan was-was dan keraguan spt itu.. baiki diri anda.
tk
Visitor IP: 1.9.52.158
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.