Soalan: mohon pencerahan
Nama*: | zarazya |
Tajuk*: | mohon pencerahan |
Message*: | Assalamualaikum Ust. Terima kasih kerana menjawab soalan saya.
1) Ketika bertengkar tentang topik dia suruh saya keluar dari rumah jika saya dah tak nak hidup dengan dia dalam keadaan susah. Suami menyebut ' Kalau kau nak blah kau blah, aku lepaskan kau'. Adakah terjadinya talak lafaz begini?
2) Selepas 2 hari kemudian saya keluar dari rumah kerana di provoke..dan dah hampir 2 bulan tinggal bersama ibubapa saya. Suami ada suruh balik tapi ayah saya tidak benarkan. Saya pula sudah fobia dan tawar hati. Adakah saya berdosa? suami juga tidak memberi nafkah selama itu atas alasan tiada pendapatan tetap kerana telah dibuang kerja. |
File Upload: | |
Salam
1. Jika suami berniat cerai, maka terjadilah talak satu ke atas isteri
2. SUami kena pujuk untuk rujuk semula. Rujuknya suama adalah sah walaupun ditentang keluarga.
Elok dibawa ke mahkamah kes spt ini..
tk
Visitor IP: 211.24.250.130
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.