Soalan: Sah ke Talak lima?
Nama*: | Liza |
Tajuk*: | Sah ke Talak lima? |
Message*: | Assalamualaikum ustaz
Sy musykil dgn ucapan suami saya.
Kami bertengkar drpd Whatsapp dan sy telah mcabar suami agar mceraikan saya. Setelah pulang dia bersikap seperti biasa, tidak ingin mengeruhkan lagi keadaan. Dan saya sekali lagi memulai pertengkaran kerana saya mencium bau arak pada bajunya. Saya tanya dia: Kau minum ke? Dia kata YA. Setelah lama bertengkar, mak saya telah menyuruh suami menceraikan saya. Dan dia bertanya kepada mak saya: Betul mak nak saya cerikan dia? Dan mak saya menjawab: Ya Ceraikan dia.
Then suami saya pun berkata: Aku ceraikan kau dgn talak 5. Saksi pada ketika itu mak dan ayah saya serta mak saudara saya. Sah atau tidak lafaz talak suami tersebut? |
File Upload: | |
Salam
Sah talaknya dan terjadilah talak TIGA. yang LIMA itu lebih sangat... maka jadilah talak tiga sahaja dan tidak boleh dirujuk semula..
tk
Visitor IP: 123.136.106.62
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.