Wednesday, February 1, 2017

Soalan: Jatuh talak atau tidak

Nama*:Salwa
Tajuk*:Jatuh talak atau tidak
Message*:Salam ustaz..saya dah berkahwin dan ada 2 org anak lelaki yg masih kecil.
Saya was was dgn lafaz suami, dimana suami meniru / mengikut lafaz cerai soreh semasa menonton tv bersama saya, saya was was dan tanya kpd suami akan lafaz soreh tersebut, suami hanya menjawab : Abang tak tuju lafaz itu kepada awak (isteri), abang cakap /lafaz dekat tv tu...

Kemudian saya pun refer pejabat agama & mahkamah syariah melalui panggilan telefon..

Suami marah saya telefon pejabat agama dan makkamah syariah lalu berkata
" hal kecil pun xkan nak mengadu ke pejabat agama, kan abang dah beri penjelasan yg tiada talak yg berlaku, awak nak ke orang fikir yang kita ni ada masalah rumahtangga.

Saya hanya diam dan nangis...
Kemudian suami pun berkata kpd saya, saya pun tak berapa ingat, suami berkata seperti ini : "jangan bincang lagi hal ni, jangan tanya lagi pasal hal ni, janji?
Saya pun jawab : "janji"..
Lepas peristiwa tu , saya tidak lagi membangkitkan hal itu kpd suami,
saya hanya Tanya ustaz di internet, web soal jawab agama dan saya ada telefon mahkamah syariah dan bertanya tentang hal tersebut..

Soalan saya:
Adakah saya dikira telah memungkiri janji saya dengan suami?
Berdosakah saya?
Adakah jatuh talak dlm hal lafaz cerai soreh tu?

Saya buat semua tu utk hilangkan rasa risau ni.
Mohon pandangan ustaz.
File Upload:
Salam

Suami ikutkan lafaz drp tv, dia tiada niat utk cerai... so, tak lah jatuh talak..

Masalahnya puan sendiri yang ragu-ragu. Tak perlu ragu-ragu. Berpengang dng ilmu.,,

tk

Visitor IP: 113.210.204.152

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA