Nama*: | Mohd Fauzan |
Tajuk*: | Lafaz Cerai Berulang Kali |
Message*: | Assalamualaikum ustaz, saya ada tiga soalan :
1) Suami melafazkan cerai terhadap isteri dan mengulangi lafaz cerai tersebut dalam waktu yang sama. Adakah jatuh talak satu atau jatuh talak mengikut bilangan yang suami lafazkan? Suami pada waktu itu dalam keadaan tertekan.
2) Suami melafazkan cerai pada isteri, kemudian suami mengulangi lafaz cerai tersebut (seorang diri) selang beberapa hari kemudian tetapi tiada niat untuk menceraikan isteri, cuma niat untuk memastikan lafaz cerai sebelum itu jelas disebut. Adakah jatuh talak semasa ulangan lafaz cerai itu?
3) Sekiranya suami mengalami masalah penyakit was-was yang teruk dan juga disahkan oleh perawat-perawat islam, suami telah terkena sihir (semasa melafazkan cerai) adakah jatuh talak pada situasi yang berlaku pada soalan 1 & 2 di atas?
Mohon pencerahan daripada Ustaz. |
File Upload: | |
Salam
1. Talak akan jatuh mengikut bilangan talak yang disebut suami.. Tetapi jika suami bermaksud ulangan itu adalah satu penegasan kepada yang PERTAMA talak, maka ia jadilah talak satu sahaja.
2. Perulangan utk penegasan akan menjatuhkan talak satu sahaja
3. Suami seperti itu patut dibuang ke laut sahaja.. menyusahkan orang lain.. Op sorry, gurau dulu..
Ubatilah penyakit was-was suami tu.. banyakkan zikir dan istighfar... bacaan Quran..
yang penting belajarlah ilmu agama dengan benar dan tepat .. study kitab fiqh banyak-banayk baharulah keraguan akan hilang. Dengan ilmu, keyakinan akan bertambah.
tk
Visitor IP: 175.140.91.149
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm