Soalan: takbir
Nama*: | hakimi |
Tajuk*: | takbir |
Pertanyaan*: | ASSALAMUALAIKUM
ustaz, beberapa hari lepas rakan saya ada bertanya saya tentang terniat talak ketika takbir sembahyang. saya bukannya tahu sangat bab bab agama. tapi apa yg saya tahu perkataan 'allahhuakbar' tu bukannya lafaz soreh dan lafaz kinayah. jadi saya bgtau kalau terniat talak ketika takbir tidak berlaku hukum talak. itulah jawapan yg saya beri kepada dia. semalam sy cerita kepada rakan yg lain perkara ini. dia bgtau yg sy tak boleh memandai mandai sisebabkan saya bukan org yg boleh dirujuk benda benda ni. jadi saya panik dan takut takut salah pulak. salahkah hukum yg saya bg ni ustaz? saya takut berdosa pula. |
Jawapan: | |
Salam
ANda kena pi belajar agama lagi..bab solat nak kait dengan cerai, ada ke patut..
he he.. tk
Visitor IP: 183.78.47.119
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.