Wednesday, April 11, 2018

Soalan: Isteri sudah tawar hati

Nama*:Nourieha
Tajuk*:Isteri sudah tawar hati
Pertanyaan*:Assalamualaikum ustaz,

Usia perkahwinan baru 2thun lebih,.setahun perkahwinan suami tidak bekerja dan tidak punya pendapatan tetap. Hampir keseluruhan belanja rumah sy yang tanggung. Sekarang pn masih sama.

Pada awal perkahwinan, suami sudh membuat hal dengan mencuri rantai mas kahwin,menggadai dan menjualnya. Sy sgt terkilan dengan perbuatannya. Suami jgk disyaki berjudi dan main no ekor.

Semasa sy dlm pantang, dia mengambil kesempatan dengan mengambil duit gaji sy tanpa pengetahuan sy. Sy jgk ada mslh dengan kluarga suami apabila berlakunya salah faham yang dicipta oleh suami sendiri. Suami sendiri yang mengeruhkan lagi keadaan apabila mcm orang xwaras menjerit2 meraung2 smpai jiran2 dengar dengan mengatakan saya bersalah kata macam2 berkenaan keluarganya krn keluarganya kurang didikan agama. Padahal sy xpernah menghina mereka.

Sy sangat malu dengan perbuatan suami, seolah telah memijak2 maruah sy depan keluarganya dan jiran2. Dan krn itulah sy mula kurang hormat pada suami krn harga diri sy telah dipijak2 oleh suami sendiri.

Suami jgk xsolat,xpandai mengaji,xpuasa dan xpernah membimbing sy dan anak tentang soal agama. Sy tidak mahu lagi menanggung dosa krn perasaan dan rasa hormat pada suami sudh hilang. Suami juga selalu mempertikaikan solat sy, katanya sia2 saja sy solat dan mengaji tp mempunyai hati yg busuk. Sy xtahan dengan makian dia setiap kali bergaduh selalu kata saya ni gila la,setan la,iblis la dan selalu mendoakan perkara2 yang xelok. Sama juga dengan ibu mertua selalu berfikir yg bkn2 dan tak mahu mengampunkan sy. Sy rs xselamat dengan suami sendri.

Tolong la ustaz bantu saya. Sy nk keluar dari perkahwinan ini. Sy rs xbahagia dengan suami dan keluarganya. Budaya mereka sgt2 berbeza dengan keluarga sy. Dengan mereka sy merasa mereka seolah2 memerli sy ketika saya solat dan mengaji.

Bantulah sy ustaz. Terima kasih.
Assalamualaikum.
Jawapan:


Visitor IP: 1.9.164.5

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA