Friday, April 20, 2018

Soalan: mohon pencerahan

Nama*:HananIs
Tajuk*:mohon pencerahan
Pertanyaan*:Satu hari saya bercerita dengan suami tentang pernikahan kami yang terjadi di luar negeri.
Lalu suami menyatakan dia tidak mahu bernikah kali kedua jika sekiranya pihak mahkamah syariah mau kami ber'akad' nikah di dalam negeri kita (setelah pendaftaran di dalam negeri) kerana kami ada dengar orang ber'akad' sekali lagi. Suami kata itu adalah nifaq. Lalu saya berkata, mungkin ia untuk 'formaliti' saja
Lalu suami terus cakap, " Ok, I divorce you" (saya dan suami memang bercakap menggunakan bahasa Inggeris sebab suami bukan orang local)
Saya terus bertanya dengan suami kenapa dia berkata begitu. Lalu suami cakap , "ada kah aku cakap talaq? (did I say talaq)? Saya jadi was was ustaz namun saya ambil penjelasan suami kerana suami yang pegang talaq. Suami tidak bermaksudkan cerai keatas saya pada ketika itu.
Disini suami menegaskan tidak mahu berakad nikah kali kedua sekalipun di perintahkan oleh mahkamah syariah, kata suami mesti cerai dulu dan baru boleh akad lagi.
Jawapan:
Salam

Terimalah pengakuan suami.

KErana dia yang lebih tahu dan faham maksud yang diucapkan


Mohon maaf, lama tidak buka blog ini..


tk
Visitor IP: 61.6.239.159

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA