Soalan: keliru
Nama*: | muhammad |
Tajuk*: | keliru |
Pertanyaan*: | assalmualaikum ustaz,
saya ni nak bertanya, dahulu saya ada bergaduh dgn isteri. ketika nak berhadapan dengannya saya bgtau dalam hati 'kalau aku buat ni (sambil buat aksi menampar), akan jatuh talak satu'. bila berhadapan dengan nya sy beri amaran dan buat juga aksi menampar tu (aksi je, bukan menampar dia). saya tahu taklik aksi menampar tu hanya cakap cakap hati je sebab saya tak melafaz. dan saya yakin tiada hukum taklik. tapi kebelakangan ni saya asyik was was je kejadian tu. adakah sebenarnya jatuh atau tidak taklik/talak masa tu menurut ustaz? sebab saya yakin saya tak lafaz taklik hanya menunjuk aksi menampar je dan mentaklik dalam hati.
tq |
Jawapan: | |
Salam
Taklik hendaklah dilafazkan dengan jelas agar isteri faham dan tahu apa kesannya daripada sesuatu tindakan.
Pada saya, ia tidak dikira taklik..
Was-was kana atasi dengan ilmu dan keyakinan diri.
tk
Visitor IP: 183.78.47.215
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.