Thursday, April 12, 2018

Soalan: Dorongan ucapan bisikan cerai atau talak

Nama*:Harun
Tajuk*:Dorongan ucapan bisikan cerai atau talak
Pertanyaan*:Assalamualaikum...
Saya ada beberapa masalah dan kekeliruan disini yang ingin ditanyakan..
1) saya sering mengalami dorongan dihati supaya melafazkan cerai.
Sedaya mungkin saya cuba tidak menghiraukannya. Bisikan-bisikan tersebut
datang tak kira waktu. Sehinggakan kadang2 saya nk buka mulut pun takut,
takut saya terikut dan terlafaz apa yang hati saya bisikkan. kalau saya buka
mulut mesti ada bisikan perkataan cerai dihati saya sampaikan saya susah nk makan atau berbicara. Kadang2 saya ada terbuka mulut seolah2 melafazkn perkataan cerai tapi hanya gerakan bibir dan lidah sahaja tanpa suara. kadang2 saya was-was kerana mcm terdengar perkataan "rai" dari mulut saya tapi tak dengar pun saya ada cakap "ce". Saya jadi was2 dan keliru samada saya ada lafazkan perkataan cerai tersebut dengan lengkap...

Mohon bantuan ustaz untuk saya atasi gangguan bisikan2 hati ini. Saya tak nk bisikan2 hati nie tapi dia tetap dtg juga. Adakah sudah jatuh talak dlm situasi saya diatas. Saya keliru dan takut telah jatuh talak
Jawapan:


Visitor IP: 183.171.88.143

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA