Tuesday, April 3, 2018

Soalan: AKU PENDOSA

Nama*:NOR 
Tajuk*:AKU PENDOSA
Pertanyaan*:SALAM USTAZ,salahkah rasa perasaan menyesal berkahwin dengan dia,,dulu sebelum kami berkahwin saya tahu dia bukan lelaki yang solat,saya pun befikir dia akan berubah,mungkin sudah ketentuan saya sebab saya dulu bukannya solat senantiasa,ustaz,saya tahu dia masih 2 tahun kerja tapi sebelum kahwin saya fikir dia mampu dari segala aspek sebb dia tinggal dengan ibunya,saya fikir die kukuh dari segi kewangan,pernah satu hari saya mahu beli sesuatu barang yang harganya tidak mececah puluhan ringgit iaitu tupperware dia tiba2 sebut smua perbelanjaan dia bulan ni tidak menckupi,mahu bayar benda yang lain,saya jadi terkenang dengan ayah saya,tapi stiap apa yang saya nak beli ayah tidak pernah tunaikan dan hanya berjanji esok hari esok hari sampai hingga kini,saaya redha ayah layan saya sebegitu berbanding kakak dan adik yang lain sebab mungkin saya ni punca isterinya meninggalkan dia,beerbalik pada suami saya,bila die mention semua perbelanjaan dia ketika dia sedng beli barang saya merasakan saya sudah menyusahkan dia,saya merasakan dia tersangatlah tidak mampu,sudahla menumpang di rumah ibunya,saya tahu dia menabung untuk rumah akan datang,tapi bila saya mahu sesuatu barang hatta makanan tak akan itu pun mahu dicatunya seperti mana ayah memperlakukan saya sebelum ini,mungkin ini balasan saya kan ustaz,memperlehkan ayah saya atas nafkah yang tidak diberikan untuk saya........mungkin bila sya kerja semua ni akan segera selesai.............tapi bolehkah sya merasa nyesal berkahwin dan berpura2 baik dalam melayani suami sya,
Jawapan:
Salam

Nor, dalam diri kita ada kekurangan dan tentunya banyak kekurangan yang kita lindungi. Dalam diri suami juga ada kekurangan dan tentunya banyak kekurangan yang tidak kita ketahui.

Dalam hal ini, suami isteri perlu saling melengkapi antara satu sama lain.

Kelemahan diri bukanlah alasan untuk mencari helah kepada hubungan yang tidak baik..

BErtenanglah dan kembalilah kepada Allah. Hidupkan amlaan Islam yang utama di dalam rumah, banyakkan bacaan al-Quran dan zikir, istighfar dan kurangkan hibuaran  yang sia-sia yang menjadi punca kepada maksiat dan kelalaian..

Semoga Allah reda keapda kita semua.

tk
Visitor IP: 115.132.160.76

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA