Thursday, April 5, 2018

Soalan: Insan keliru

Nama*:Mat Ros
Tajuk*:Insan keliru
Pertanyaan*:Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya adakah jatuh talak dalam situasi ini, ketika saya berjogging di taman sambil mendengar lagu dengan menggunakan earphone, ketika berjogging tu datang lintasan hati berkaitan penceraian, saya cuba mengawal diri saya daripada berkata-kata, namun lintasan hati itu tidak berhenti menganggu saya, saya jadi keliru adakah saya menyebut perkatan "cerai" atau perkataan "talak" atau perkataan/ayat yang boleh membawa kepada penceraian dalam keadaan berjogging tersebut, saya tak pasti saya ada bercakap apa yang terlintas di hati kerana saya tak dapat dengar suara saya oleh kerana saya memasang lagu dengan kuat, saya hanya dapat rasa lidah bergerak tapi saya tak pasti adakah sekadar lidah sahaja yang bergerak tanpa keluar suara atau memang saya ada bercakap. Saya jadi keliru dan tidak tahu adakah saya betul-betul ada bercakap atau hanya sekadar permainan syaitan sahaja yang menjadikan saya keliru. Bantu saya ustaz. Terima kasih ustaz.
Jawapan:
Salam

Talak hendaklah disbeutkan dengan lafaz yang jelas dan dengan niat yang benar.

Jika lintasan hati sahaja, ia tidaklah menjatuhkan talak..

KEnapa anda perlu kaitkan semua perkara yang dilakukan dengan cerai dan talak.. jika macam ni, tak payah kahwinlah.. susahkan isteri je.. susahkan anak orang jer... amacam?

tk


Visitor IP: 115.164.85.66

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA