Soalan: quran
Nama*: | mat lob |
Tajuk*: | quran |
Pertanyaan*: | asallamualaikum,
saya nak tanya, setahu saya org boleh jatuh kafir sekiranya menghina alquran.
baru baru ni saya nak serah beg berisi al quran kepada anak saya. tetapi anak saya tak nak ambil. jadi saya lempar beg itu atas ribanya. anak saya bgtau dia tanhkap tak kemas dan alquran tu jatuh di sisinya. anak sy bgtau itu salah dia sbb tak tangkap beg itu. saya tahu dalam tu al quran tetapi ia jadi secara spontan sebab selalunya saya akan buat begitu pada brg brg lain juga.
jatuh kafirkah saya. sekiranya ia apa saya perlu buat? |
Jawapan: | |
Salam
Ia tidaklah menjatuhkan kafir atas perbuatan seperti itu. CUma kurang adabnya.
Selagi niat kita tidak mahu menghina al-Quran, maka ia masih selamat.
tk
Visitor IP: 183.78.47.72
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.