Soalan: Barang
Nama*: | Nora |
Tajuk*: | Barang |
Pertanyaan*: | Aslm.ustaz,sy bkerja sebagai cleaner di sebuah sekolah.setiap akhir tahun pelajar akan diarahkan mengosongkan asrama.sekiranya masih ada barang,semua itu dianggap pelajar tidak mahu.sekiranya barang yang masih perlu,pelajar akan simpan dibilik khas.adakah berdosa sekiranya sy mengambil barang yang pelajar buang tu.sebab saya rasa barang tu masih boleh digunakan |
Jawapan: | |
Salam
Jika barang berkenaan telah dibuang atau tidak diambil oleh pelajar, dan dipastikan pelajar memang tidak akan ambil barangan berkenaan, maka bolehlah puan mengambil barang berkenaan. Elakkan pembaziran.
tk
Visitor IP: 14.1.193.173
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.