Nama*: | N. |
Tajuk*: | Isteri vs mil |
Pertanyaan*: | Salam ustaz, Ada hamba Allah ni, isteri dia semati-matinya xmahu duduk sebumbung dengan mak mertua(mil) iaitu Ibu kepada suaminya.. Kerana tidak tahan dgn peragai mil yg tidak menentu, hilang privacy dek kerana anak Buah yg ramai. Si suami xmahu duduk berasingan kerana hendak menjaga Ibunya, Dalam rumah Ibunya tiada siapa, tapi depan belakang rumah Ibu ada rumah adik beradik (suami) lain yg jauh hanya beberapa meter sahaja yg mempunyai cucu yg ramai dari yg besar smpai ke kecil. Isteri dia, ada hantaq text dkat suaminya "better ceraikan & *#-(nama isteri) dari jd penghalang suami duduk bsama Ibu ya iaitu mil isteri ya.. Jika suaminya baca Adakah jatuh talak? Adakah salah/nusyus si isteri minta cerai hanya kerana xtahan dengan mil yg byk karenah, hilang nya privacy? Hanya Kerana suami bkeras tidak mahu duduk berasingan dgn Ibunya.. Hubungan suami isteri sgt baik tp disebabkan tidak kepuasan hati tpaksa duduk sebumbung dgn mil.. Hubungan suami isteri jd tegang dan kerap bergaduh.. |
Jawapan: |
Seharusnya isteri boleh patuh dengan kehendak suami, duduk bersama mertua. Apatah lagi niat suami untuk menjaga ibunya.
Namun ia boleh dilihat dari sudut yang lain. Pada saya elok kiranya suami isteri berbincang semula kesesuaian keadaan mereka. Tidak salah jika suami memenuhi kehendak isteri atas faktor keselesaan dan priversy yang diinginkan. Duduklah di rumah sendiri dan tetapkan hari tertentu pulang ke rumah ibu (mertua) bagi menjaganya. Dari sudut yang lain, suami isteri perlu mempunyai rumah tangga sendiri, hidup berdikari dan saling memahami antara satu sama lain.
tk
Visitor IP: 2405:3800:400:8d56:65b7:6eb0:e7b3:6cb1
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.