Soalan: cerai taklik
Nama*: | ros |
Tajuk*: | cerai taklik |
Message*: | saya bergaduh dengan suami. keadaan tegang. saya ingin keluar dari rumah untuk elak dari bergaduh besar. belum sempat saya melangkah keluar suami mengatakan "kau keluar aku ceraikan kau". selepas itu saya terus masuk ke bilik. selepas keadaan reda suami menyatakan dia taklik begitu hanya untuk.menghalang saya keluar pada waktu itu.sebab masa itu malam dan membahayakan saya kuatir berlaku perkara buruk di luar.. persoalan saya adakah saya tidak boleh keluar rumah sampai bila-bila?sudah 2 hari saya tidak ke pejabat.risau jika satu langkah keluar dr rumah akan jatuh talak pada saya. |
Salam
Kena terima kenyataan suami. Jika itulah maksud taklik berkenaan, maka hnay pada malam itu sahaja termaktub hukum taklik..
tk
Visitor IP: 42.153.54.8
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.