Nama*: | Lukman hakim |
Tajuk*: | Minta penjelasan ustaz |
Pertanyaan*: | Nama*: Lukman hakim Tajuk*: Minta penjelasan ustaz Pertanyaan*: Assalammualaikum ustaz. Sering kali lintasan hati berkenaan lafaz soreh dengan nama isteri bermain di dalam hati. Suami melawan dan tidak menghiraukannya. Pada suatu hari, lafaz soreh itu terpacul dari mulut si suami secara tak sengaja dengan menyebut nama isteri. Si suami terus beristighfar. Adakah jatuh talak itu ustaz sedangkan si suami takde niat pun utk menceraikan isterinya? Si suami sering diganggu was was ustaz. Jawapan: Salam Apabila lafaz cerai secara jelas telah disebut, maka jatuhlah talak. Ia tidak perlu lagi niat sebab lafaz itu sendiri adalah bukti kepada jatuhnya talak. tk Ustaz, jika ia terpacul dari mulut tanpa disengajakan pun jatuh? |
Jawapan: |
JIka benar akuan saudara bahawa lafaz itu terpacul keluar tanpa sengaja, ia tidaklah menjatuhkan talak.
DIibaratkan seperti orang melatah, tiba-tiba dia melatah sebut cerai, cerai, maka itu tidaklah menjatuhkan talak kerana ia berlaku dibawah paras kesedarannya.
tk
Visitor IP: 2404:160:8011:c107:dcbe:a276:60bb:a077
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.