Soalan: Minta penjelasan ya ustaz
Nama*: | Isham b Rahman |
Tajuk*: | Minta penjelasan ya ustaz |
Message*: | Ni salah satu soalan yang telah ustaz jawab.
Tajuk*: talak tak pasti
Message*: slm ustaz,
sekiranya suami tak pasti lafaz talak yg disebutkan itu jelas kedengaran atau tidak, bolehkah ambil pendekatan ambil yg kurang mudarat atau hukum kembali ke asal iaitu tak berlaku talak?
suami tak pasti, tak yakin, ragu-ragu, rasa macam cakap perlahan tanpa kedengaran telinga. adakah ini yg dimaksudkan dgn was was?
File Upload:
Salam
Kembali kepada asal.. tak ada talak yang disebut sebab keraguannya kepada apa yang dia pernah sebut..
CUma kenalah berhati-hati. Usah bermain dengan lafaz talak.
Soalan:
Bagaimanakah jika kita telah memilih untuk kembali kepada asal iaitu takde talak yg disebut tetapi perkara itu sebenarnya berlaku iaitu ada lafaz yg keluar tetapi kita tidak ingat akan peristiwa itu.adakah kita dimaafkan ya ustaz? Jadi, apakah status perkahwinan kami? |
Salam
Keyakinan kepada apa yang dibuat dan disebut itulah kembalinya hukum asal. Saya tidak pasti bagaimana kes sebenar yang tentunya sukar untuk diberi pendapat.
tk
Visitor IP: 2404:160:8117:b949:e496:2e6c:6693:2c6d
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.