Soalan: Lafaz soreh kerna cuba mengingati peritstiwa lalu
Nama*: | Malik |
Tajuk*: | Lafaz soreh kerna cuba mengingati peritstiwa lalu |
Message*: | Lafaz soreh kerna menginggati peristiwa lalu
Message*: Saya merupakan penghidap penyakit was was ..hinggakan masalah dgn mandi wajib, pernah sampai tawaf di kaabah 14 pusingan kerana was was.
Baru baru ini, saya duduk bersendirian di dalam bilik. Ketika bersendirian tu saya berkata kata melalui lidah saya, "adakah aku cakap "aku talaqkan dia"? Takkan lah aku cakap"aku talaqkan dia! Adakah ianya lafaz soreh.
Utk pengrtahuan ustaz, sebelumnya memang tidak ada pertengkaran dgn isteri saya
Tujuan saya mengulangi dan melafazkan perkataan tu hanya lah bertujuan untuk melawan bisikan was was saya dan cuba mengingat balik.
Adakah jatuh talaq? |
Salam
Sdr kena rawati penaykit was was ini.. Itulah punca kepada seluruh masalah ayang berlaku dalam hidup saudara. Rawatilah secepat mungkin. Usah ditangguhkan. Usah dilayan mainan syaitan..
tk
Visitor IP: 183.171.183.38
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.