Wednesday, February 28, 2018

Soalan: Barang

Nama*:Nora
Tajuk*:Barang
Pertanyaan*:Aslm.ustaz,sy bkerja sebagai cleaner di sebuah sekolah.setiap akhir tahun pelajar akan diarahkan mengosongkan asrama.sekiranya masih ada barang,semua itu dianggap pelajar tidak mahu.sekiranya barang yang masih perlu,pelajar akan simpan dibilik khas.adakah berdosa sekiranya sy mengambil barang yang pelajar buang tu.sebab saya rasa barang tu masih boleh digunakan
Jawapan:
Salam

Jika barang berkenaan telah dibuang atau tidak diambil oleh pelajar, dan dipastikan pelajar memang tidak akan ambil barangan berkenaan, maka bolehlah puan mengambil barang berkenaan. Elakkan pembaziran.

tk


Visitor IP: 14.1.193.173

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, February 27, 2018

Soalan: lafaz kinayah

Nama*:daus
Tajuk*:lafaz kinayah
Pertanyaan*:slm ustaz,
kalau kita tengah bercakap benda lain tetiba terlintas cerai boleh jatuh talak tak? contohnya saya bercakap begini.... motosikal tu jatuh (dalam masa yg sama teringat perkataan .... jatuh talak.....) terima kasih ustaz.
Jawapan:
Salam

Ia tidak menjatuhkan talak jika tidak niat berkenaan. Tetapi jika dipasang niat untuk cerai walaupun lafz kinayah, maka ia boleh menjatuhkan talak.

tk


Visitor IP: 175.137.21.105

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Bertanya

Nama*:Hafiz
Tajuk*:Bertanya
Pertanyaan*:Assalamualaikum Ustaz....

Isteri saya bertanya dengan saya "Abang, Abang Yan tu dengan isteri dia dah bercerai yea?". Saya pun menjawab dihadapan dia (isteri saya) "Berpisah".
(Maksud saya Abang Yan tu dah berpisah).


Jatuh atau tidak Ustaz? Saya tidak ada niat...
Jawapan:
Salam

Tidak terjadi talak ke atas anda..

Kita cerita perihal orang, kenapa perlu dikaitkan dengan perihal sendiri pula...

tk


Visitor IP: 115.132.227.217

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, February 26, 2018

Soalan: Berubat

Nama*:Faisal
Tajuk*:Berubat
Pertanyaan*:Aslam.ustaz,ada masalah kesihatan. Baru-baru ni ada berubat.tapi tiada ape yang pelik.kali terakhir berubat,pengamal perubatan tu minta wang rm160.66 sebagai bayaran untuk jin tu keluar.katanya duit tu akan diberi kepada anak anak yatim.saya jadi keliru,ada ke perubatan islam sebegitu.?sy mula tersedar.bimbang dengan akidah..takut syirik pada Allah.adakah taubat saya diterima ustaz.saya runsing memikirkannya.sedangkan sebelum ni sy tak tahu.
Jawapan:
Salam

Kena cari tok bomoh yang lain...

hehe.. no comment

Visitor IP: 14.1.193.173

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, February 25, 2018

Soalan: talak

Nama*:haniff
Tajuk*:talak
Pertanyaan*:aslmualaikum,
ustaz kalau suami berkata 'nak talak' terjadi tak talak?
wslm
Jawapan:
Salam

Tidak terjadi talak..talak hendaklah disebut dengan jelas sebagaimana disebut lafaz nikah yang terang dan jelas..

Visitor IP: 60.53.115.161

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: haram

Nama*:fahmi
Tajuk*:haram
Pertanyaan*:Assalamualaikum...

Saya nak bertanya tentang hukum mengharam perbuatan.
Begini kisahnya, saya tak benarkan isteri saya naik kereta seorang rakannya disebabkan cara pemanduan yang membahayakan. Jadi semasa saya sendirian saya berkata kata dalam hati iaitu 'aku haramkan dia naik kereta si polan'.
Ada berlaku tak apa apa hukum yang menyebabkan berlaku denda ke, taklik ke atau apa apa?
Dan kalau lah saya marah dia dengan suara/menyebut/melafaz perkataan itu ada tak berlaku apa apa sebab menggunakan perkataan 'haram'?

Terima kasih tuan
Jawapan:
Salam

Suami kena nyatakan kepada isteri supaya isteri tidak naik kenderaan berkenaan.

Apabila suami mengharamkan isterinya menaiki kenderaan berkenaan, maka isteri kenalah patuh. Tidak boleh melawan, jika tidak berdosa.. sebab telah diharamkan oleh suami..

tiada kaitan dengan sumpah pada lafaz ini..

tk


Visitor IP: 115.132.113.206

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, February 23, 2018

Soalan: talak

Nama*:mimie
Tajuk*:talak
Pertanyaan*:ASsalamualaikum,

saya pernah berniat qasad dan bertekad cerai tetapi hanya di dalam hati disebabkan pergaduhan besar dengan isteri dan keluarganya.
apa yg saya tahu talak tidak jatuh sebab tidak lafaz mulut. betulkan apa yg saya tahu?

ustaz, mohon nasihat sikit utk rumahtangga bahagia dunia dan akhirat.
Jawapan:
Salam

Selagi tidak ada lafaz dikeluarkan, tidaklah terjadinya talak.

Nak bahagia hendaklah bermula dengan memperelokkan ibadah dan hubungan kita dengan ALlah. pertamanya pastikan solat berjemaah ada di dalam keluarga, pastikan isteri dan anak-anak solat sempurna. Kurangkan maksiat dan dosa sehabisnya, kerana ia punca masalah dalam keluarga.

tk

Visitor IP: 175.137.21.105

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: janji

Nama*:mat lob
Tajuk*:janji
Pertanyaan*:asalamualaikum, maaf ada lg soalan.

1. adakah janji dengan allah sama hukumnya dengan sumpah dan nazar.
contohnya ..'aku berjanji ya allah ........'..... (tiada perkataan sumpah dan nazar).
kalau tak tunaikan adakah kena kafarah atau denda?

2. bagaimana pula berjanji dalam hati ......'aku berjanji ya allah...'...adakah dikira?
Jawapan:
Salam

Janji seperti itu tidaklah dikira sebagai sumpah.

Ia juga sama seperti di atas..

Ia adalah tekad kita untuk melakukan amal soleh.. moga Allah perkenankan.

tk

Visitor IP: 183.78.47.179

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, February 22, 2018

Soalan: Isteri vs mil

Nama*:N.
Tajuk*:Isteri vs mil
Pertanyaan*:Salam ustaz,
Ada hamba Allah ni, isteri dia semati-matinya xmahu duduk sebumbung dengan mak mertua(mil) iaitu Ibu kepada suaminya.. Kerana tidak tahan dgn peragai mil yg tidak menentu, hilang privacy dek kerana anak Buah yg ramai.

Si suami xmahu duduk berasingan kerana hendak menjaga Ibunya,

Dalam rumah Ibunya tiada siapa, tapi depan belakang rumah Ibu ada rumah adik beradik (suami) lain yg jauh hanya beberapa meter sahaja yg mempunyai cucu yg ramai dari yg besar smpai ke kecil.

Isteri dia, ada hantaq text dkat suaminya "better ceraikan & *#-(nama isteri) dari jd penghalang suami duduk bsama Ibu ya iaitu mil isteri ya.. Jika suaminya baca Adakah jatuh talak?

Adakah salah/nusyus si isteri minta cerai hanya kerana xtahan dengan mil yg byk karenah, hilang nya privacy? Hanya Kerana suami bkeras tidak mahu duduk berasingan dgn Ibunya..

Hubungan suami isteri sgt baik tp disebabkan tidak kepuasan hati tpaksa duduk sebumbung dgn mil.. Hubungan suami isteri jd tegang dan kerap bergaduh..
Jawapan:
Salam

Seharusnya isteri boleh patuh dengan kehendak suami, duduk bersama mertua. Apatah lagi niat suami untuk menjaga ibunya.

Namun ia boleh dilihat dari sudut yang lain. Pada saya elok kiranya suami isteri berbincang semula kesesuaian keadaan mereka. Tidak salah jika suami memenuhi kehendak isteri atas faktor keselesaan dan priversy yang diinginkan. Duduklah di rumah sendiri dan tetapkan hari tertentu pulang ke rumah ibu (mertua) bagi menjaganya. Dari sudut yang lain, suami isteri perlu mempunyai rumah tangga sendiri, hidup berdikari dan saling memahami antara satu sama lain.

tk


Visitor IP: 2405:3800:400:8d56:65b7:6eb0:e7b3:6cb1

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Wuduk dan liquid paper

Nama*:Sal
Tajuk*:Wuduk dan liquid paper
Pertanyaan*:Saya solat zuhur dan asar tanpa sedar yang ada kesan liquid di celah jari. Maghrib baru sedar. Perlu ke saya qada semula kedua kedua solat tersebut?
Jawapan:
Salam

Jika dipastikan wuduk itu tidak sempurna, eloklah kiranya solat itu diqadakan..

tk


Visitor IP: 60.53.64.168

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, February 21, 2018

Soalan: Binggung lafaz suami

Nama*:Farhana
Tajuk*:Binggung lafaz suami
Pertanyaan*:Jika suami bagitahu baik kita bercerai laa
. Itu dikira jatuh talak ke??
Jawapan:
Salam

Ia tidak dikira sebagai talak, kerana ia masih lagi seakan satu pilihan, baiklah kita cerai.. so tidak terjadinya talak pada kes ini.

tk

Visitor IP: 123.136.118.179

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: quran

Nama*:mat lob
Tajuk*:quran
Pertanyaan*:asallamualaikum,

saya nak tanya, setahu saya org boleh jatuh kafir sekiranya menghina alquran.
baru baru ni saya nak serah beg berisi al quran kepada anak saya. tetapi anak saya tak nak ambil. jadi saya lempar beg itu atas ribanya. anak saya bgtau dia tanhkap tak kemas dan alquran tu jatuh di sisinya. anak sy bgtau itu salah dia sbb tak tangkap beg itu. saya tahu dalam tu al quran tetapi ia jadi secara spontan sebab selalunya saya akan buat begitu pada brg brg lain juga.

jatuh kafirkah saya. sekiranya ia apa saya perlu buat?
Jawapan:
Salam

Ia tidaklah menjatuhkan kafir atas perbuatan seperti itu. CUma kurang adabnya.

Selagi niat kita tidak mahu menghina al-Quran, maka ia masih selamat.

tk

Visitor IP: 183.78.47.72

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, February 18, 2018

Soalan: Talak

Nama*:Yang ingin tahu
Tajuk*:Talak
Pertanyaan*:Assalamualaikum.
Adakah ucapan ini dikira lafaz soreh " yakin sampai sekarang tak terjatuh talak" .niat semasa menyebut perkataan ini adalah untuk meyakinkan diri tiada apa talak yang pernah berlaku.

Tq.
Jawapan:
Salam

Tiada lafaz cerai, tidaklah perlu dirisaukan cerainya terjadi atau tidak.. memang tidak terjadi.

Visitor IP: 198.7.62.129

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Taklik

Nama*:Khairul
Tajuk*:Taklik
Pertanyaan*:Assalamualaikum ustaz,

1. Apakah taklik perlu dilafaz dengan terang dan jelas baru jadi taklik.
Jika diri sendiri dan orang di sebelah pon tidak mendengar apa apa lafaz taklik adakah ia dikira taklik.

2.Adakah ia dikira taklik jika merasa was was samada lafaz atau lintasan hati atau berfikir?

3. Adakah isteri perlu mendengar lafaz taklik?

Terima kasih ustaz
Jawapan:
Salam

Taklik hendaklah dilafazkan dengan jelas sebagaimana lafaz nikah yang disebut dengan jelas. Taklik tidak terjadi jika tidak disebutkan di hadapan isteri, kerana isteri yang perlu mengetahui akibat lafaz taklik berkenaan.

Lafaz taklik hendaklah JELAS dan  TERANG.


tk

Visitor IP: 42.153.40.164

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, February 17, 2018

Copy of Copy of Soalan: Inginkan kepastian

Nama*:Dira
Tajuk*:Inginkan kepastian
Pertanyaan*:Salam ustaz..saya ingin bertya..semasa bergaduh dgn suami..suami ckp berambuslah..saya jwb..ckp berambus tu..maksudnya abg nak lg ke tidak pada saya ni..klu x nk htr saya blik kg..pulangkan dgn cara elok..mcna abg amik...suami jwb..pergilah sendiri...saya jwb lg..klu dah x nk saya htr saya blik kg..berulang kali saya ckp gitu..kemudian suami jawab..jom sambil tarik tgn saya..tapi kami x pergi pun..adakah itu menjatuhkan talaq ustaz..bila saya tya suami..dia x de niat pun nk ceraikan saya...
Jawapan:
Salam

Jika suami berniat CERAI ketika lafaz itu disebut, akan jatuhlah talak satu. Jika suami tidak berniat cerai, ia masih selamat.

tk

Visitor IP: 2001:e68:542c:d658:edd7:760f:5d21:4df4

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, February 16, 2018

Copy of Copy of Soalan: Lafaz kinayah

Nama*:Ida
Tajuk*:Lafaz kinayah
Pertanyaan*:Assalamualikum ustaz..saya ada masalah yg inginkan penjelasan drpd ustaz...suami saya selalu menggunakan perkataan berambus lah dr rumah ini bila bergaduh...bila ditanya dia berniat ke ceraikan saya dia jawap tidak..dia ckp itu kebiasaan dia..susah nk buang...kdg2 keadaan ini menimbulkan rasa was2 dlm diri saya..apa yg perlu saya buat ustaz utk hilangkan rasa ragu2 saya tu..
Jawapan:
Salam

Jika benar akuan suami bahawa ia tiada berniat cerai, maka terimalah pengakuan suami itu.. Usah dirisaukan dengan perkara yang lain..

tk

Visitor IP: 203.82.79.72

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Copy of Copy of Soalan: Masalah talaq

Nama*:Ima
Tajuk*:Masalah talaq
Pertanyaan*:Suatu hari saya bergaduh dgn suami..lps tu minta hantar ke suatu tmpt..dia x nk..saya ckp..klu taknak biar saya pergi sendiri...tepi jln tu rmai bagla..biar minta diorg je htr..suami saya marah..berambuslah...prgi..pegi...lps tu saya tya..berambus tu maksud ceraikan saya ke...itu yg ko nak..saya ckp..saya x nak...ye..ko nak...saya pun diam..x lm saya tya lg..berambus tu maksud cerai ke..dia ckp tak..td saja nk tgk saya cmne...apakah jatuh talaq. Minta penjelasan drpd ustaz...
Jawapan:
Salam

KEna tahu adakah suami ada niat CERAI atau tudak. jika disebut berambus itu dengan niat CERAI, maka akan jatuhlah talak satu.

Terimalah pengakuan suami, usah diragukan yang lain.


tk.

Visitor IP: 203.82.79.72

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, February 14, 2018

Soalan: Lafaz kinayah dan lafaz rujuk

Nama*:Razak
Tajuk*:Lafaz kinayah dan lafaz rujuk
Pertanyaan*:Assalamualaikum ustaz,

1.Adakah lafaz " aku rujuk engalkau" boleh jadi lafaz kinayah talak?

2.Adakah jika menyebut perkataan " aku rujuk engkau" banyak kali menambah jumlah talak?

Minta ustaz terangkan

Terima kasih
Jawapan:
Salam

lafaz rujuk digunakan bagi kes cerai yang boleh dirujuk. Jika cakap sahaja; aku rujuk, aku rujuk.. sedangkan tidak berlakunya cerai, maka tiadalah makna kepada perkataan itu. Ia tidak memberi kesan kepada talak atau rujuk..

tk

Visitor IP: 42.153.32.131

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Minta penjelasan ustaz

Nama*:Lukman hakim
Tajuk*:Minta penjelasan ustaz
Pertanyaan*:Nama*: Lukman hakim
Tajuk*: Minta penjelasan ustaz
Pertanyaan*: Assalammualaikum ustaz.

Sering kali lintasan hati berkenaan lafaz soreh dengan nama isteri bermain di dalam hati. Suami melawan dan tidak menghiraukannya. Pada suatu hari, lafaz soreh itu terpacul dari mulut si suami secara tak sengaja dengan menyebut nama isteri. Si suami terus beristighfar. Adakah jatuh talak itu ustaz sedangkan si suami takde niat pun utk menceraikan isterinya? Si suami sering diganggu was was ustaz.
Jawapan:
Salam

Apabila lafaz cerai secara jelas telah disebut, maka jatuhlah talak. Ia tidak perlu lagi niat sebab lafaz itu sendiri adalah bukti kepada jatuhnya talak.

tk

Ustaz, jika ia terpacul dari mulut tanpa disengajakan pun jatuh?
Jawapan:
Salam

JIka benar akuan saudara bahawa lafaz itu terpacul keluar tanpa sengaja, ia tidaklah menjatuhkan talak.

DIibaratkan seperti orang melatah, tiba-tiba dia melatah sebut cerai, cerai, maka itu tidaklah menjatuhkan talak kerana ia berlaku dibawah paras kesedarannya.

tk

Visitor IP: 2404:160:8011:c107:dcbe:a276:60bb:a077

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, February 13, 2018

Soalan: Minta penjelasan ustaz

Nama*:Lukman hakim
Tajuk*:Minta penjelasan ustaz
Pertanyaan*:Assalammualaikum ustaz.

Sering kali lintasan hati berkenaan lafaz soreh dengan nama isteri bermain di dalam hati. Suami melawan dan tidak menghiraukannya. Pada suatu hari, lafaz soreh itu terpacul dari mulut si suami secara tak sengaja dengan menyebut nama isteri. Si suami terus beristighfar. Adakah jatuh talak itu ustaz sedangkan si suami takde niat pun utk menceraikan isterinya? Si suami sering diganggu was was ustaz.
Jawapan:
Salam

Apabila lafaz cerai secara jelas telah disebut, maka jatuhlah talak. Ia tidak perlu lagi niat sebab lafaz itu sendiri adalah bukti kepada jatuhnya talak.

tk

Visitor IP: 183.171.67.18

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Dendam Tak Berkesudahan

Nama*:Abi Balqis Ang Binti Abdullah
Tajuk*:Dendam Tak Berkesudahan
Pertanyaan*:Apakah hukumannya kepada sikap seorang bekas isteri yang sering mengaibkan bekas suami dan menafikan jumlah sebenar nafkah anak2 yang di sediakan oleh bekas suami. Malahan duit nafkah tersebut telah digunakan lebih untuk keperluan perempuan itu. yang tel
Jawapan:
Salam

Susah nak tutup mulut orang lain. Kita buat kewajipan kita yang wajib.. Buat dan simpa semua bukti.. Dia nak dusta, bairlah. dia yang berdosa..

tk

Visitor IP: 183.171.177.166

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, February 12, 2018

Soalan: Status lafaz cerai sah atau tidak

Nama*:Q
Tajuk*:Status lafaz cerai sah atau tidak
Pertanyaan*:Assalamuallaikum, ustaz, sy ingin bertanya, sy dan isteri bergaduh..disebabkan sikap isteri yg suka melawan ckp sy dan suka menggunakan perkataan2 yg xelok utk didengari, sy cuba mendiamkan dirinya dengan niat utk berkata "Aku..!!) sahaja tapi sy terlanjur kata "Aku cerai...!!!) dan menahan diri daripada teruskan sb sy xterdetik pun utk berkata begitu tpi disebabkan sy dlm keadaan terlalu marah dan sakit hati dengan kata2 isteri terhadap sy, adakah sah lafaz saya itu?
Jawapan:
Salam

Ia tidak jatuh talak lagi, sehinggalah lafaz itu lengkap.. eg aku ceraikan engkau....

tk

Visitor IP: 203.217.176.191

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: talak

Nama*:siti hazlan
Tajuk*:talak
Message*:asslm,

1. 3hari lepas saya bertengkar dengan suami. dia ada lafaz perkataan cerai. ayatnya kami tak berapa ingat. rasanya samada 'kang, aku cerai kang' atau 'aku ceraikan kau, kang' atau 'kang, aku cerai kau'. adakah jatuh talak. kang tu suami cakap bermaksud karang.

2. soalan dari suami pula...
jatuhkah talak kalau suami cakap bersendirian perkataan 'cerai' atau 'talak' hanya perkataan itu sahaja dengan niatnya tak pasti. tiada perkataan aku, kau dll. hanya 'cerai' dan 'talak'. suami risau kalau ada terniat. bolehkah kami anggap tiada apa apa?

terima kasih ustaz.

Salam

Kang, kang tu orang jawa... he he..

Adanya perkataan KANG, membawa maksud 'nanti', ia tidak menjatuhkan talak. talak terjadi dengan lafaz jelas tanpa dibataskan oleh keadaan..


Jika suami sebut cerai atau sebut talak, tetapi tidak dimaksudkan cerai ke atas isteri, ia tidaklah menjatuhkan talak.

tk

Visitor IP: 118.100.17.125

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Lafaz cerai

Nama*:Mohd
Tajuk*:Lafaz cerai
Message*:Assalamualaikum Ust.
Saya nak tanya, Saya Ada tersebut dgn tak sengaja abg cerai dgn kadar suara ygperlahan. Saya tak pasti Saya dengar atau tidak, tapi faham apa yg disebut. Sy Cuba ulangi ayat tersebut dgn ayat abg cari, utk kepastian suara tu. Kalau sebut abg cerai sekali lg utk kepastian, adakah akan jatuh talak 2. Mohon jawapan ustaz

Salam

Jika dipastikan perkataan itu membawa maksud, abang ceraikan awak (isteri), maka ia menjatuhkan talak.



Visitor IP: 115.164.210.16

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, February 11, 2018

Soalan: soalan

Nama*:amir
Tajuk*:soalan
Message*:assalamualaikum ustaz, saya ada soalan

1. ketika bertengkar dgn isteri saya ada bgtau isteri 'awak jgn desak desak saya, saya takut terlafaz nanti, padan muka'. maksud saya 'awak jangan beri tekanan pada saya saya takut terlafaz talak .. menyesal nanti'. adaka perkataan saya itu tergolong dalam lafaz kinayah?

2. saya kerap terlintas dihati lafaz talak, sampaikan masa berdoa lepas solat pun diganggu. contohnya ' ya allah..... (lafaz talak)....' tetapi ia hanya dalam hati serentak dengan doa doa lain saya yg berlafaz. kadang kala ketika dengan imam pun diganggu. saya risau ketika saya aminkan doa ia termasuk dengan doa lintasan hati tu. adakah dengan saya mengaminkan doa boleh menyebabkan talak berlaku?

terima kasih

Salam

1. Ia tidaklah dikira talak..

2. Lintasan usah dilayan. Lintasan tidak membawa talak cuma dibimbangi jika melayan sangat, akan tersebut perkataan talak yang membawa jatuhnya talak.

Ubatilah penyakit ini..

tk
Visitor IP: 175.140.214.34

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, February 8, 2018

Soalan: cerai taklik


Nama*:ros
Tajuk*:cerai taklik
Message*:saya bergaduh dengan suami. keadaan tegang. saya ingin keluar dari rumah untuk elak dari bergaduh besar. belum sempat saya melangkah keluar suami mengatakan "kau keluar aku ceraikan kau". selepas itu saya terus masuk ke bilik. selepas keadaan reda suami menyatakan dia taklik begitu hanya untuk.menghalang saya keluar pada waktu itu.sebab masa itu malam dan membahayakan saya kuatir berlaku perkara buruk di luar.. persoalan saya adakah saya tidak boleh keluar rumah sampai bila-bila?sudah 2 hari saya tidak ke pejabat.risau jika satu langkah keluar dr rumah akan jatuh talak pada saya.

Salam

Kena terima kenyataan suami. Jika itulah maksud taklik berkenaan, maka hnay pada malam itu sahaja termaktub hukum taklik..

tk
Visitor IP: 42.153.54.8

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, February 6, 2018

Soalan: lafaz cerai "kalau"


Nama*:mira
Tajuk*:lafaz cerai "kalau"
Message*:adakah jatuh talak dengan ayat ni

" ok kalau kau nak sangat kan , aku ceraikan kau "




dalam situasi gaduh.
saya xde la nak sangat bercerai pun.
cuma bergaduh teruk dgn suami.

suami berkata lafaz tu sebagai ugutan untuk kami berhenti bergaduh.

saya tak dengar dgn jelas sama ada suami ada cakap kalau ke x.
suami kata dia cakap kalau.

jatuhke talak ?

Salam

Jika itu pengakuan suami, terimalah kenyataan suami bahawa itu ugutan kepada cerai, bukannya cerai.

tk

Visitor IP: 175.140.173.207

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Minta penjelasan ya ustaz


Nama*:Isham b Rahman
Tajuk*:Minta penjelasan ya ustaz
Message*:Ni salah satu soalan yang telah ustaz jawab.

Tajuk*: talak tak pasti
Message*: slm ustaz,
sekiranya suami tak pasti lafaz talak yg disebutkan itu jelas kedengaran atau tidak, bolehkah ambil pendekatan ambil yg kurang mudarat atau hukum kembali ke asal iaitu tak berlaku talak?

suami tak pasti, tak yakin, ragu-ragu, rasa macam cakap perlahan tanpa kedengaran telinga. adakah ini yg dimaksudkan dgn was was?
File Upload:
Salam

Kembali kepada asal.. tak ada talak yang disebut sebab keraguannya kepada apa yang dia pernah sebut..

CUma kenalah berhati-hati. Usah bermain dengan lafaz talak.

Soalan:
Bagaimanakah jika kita telah memilih untuk kembali kepada asal iaitu takde talak yg disebut tetapi perkara itu sebenarnya berlaku iaitu ada lafaz yg keluar tetapi kita tidak ingat akan peristiwa itu.adakah kita dimaafkan ya ustaz? Jadi, apakah status perkahwinan kami?
Salam

Keyakinan kepada apa yang dibuat dan disebut itulah kembalinya hukum asal. Saya tidak pasti bagaimana kes sebenar yang tentunya sukar untuk diberi pendapat.

tk


Visitor IP: 2404:160:8117:b949:e496:2e6c:6693:2c6d

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, February 4, 2018

Soalan: Lafaz soreh kerna cuba mengingati peritstiwa lalu


Nama*:Malik
Tajuk*:Lafaz soreh kerna cuba mengingati peritstiwa lalu
Message*:Lafaz soreh kerna menginggati peristiwa lalu
Message*: Saya merupakan penghidap penyakit was was ..hinggakan masalah dgn mandi wajib, pernah sampai tawaf di kaabah 14 pusingan kerana was was.

Baru baru ini, saya duduk bersendirian di dalam bilik. Ketika bersendirian tu saya berkata kata melalui lidah saya, "adakah aku cakap "aku talaqkan dia"? Takkan lah aku cakap"aku talaqkan dia! Adakah ianya lafaz soreh.

Utk pengrtahuan ustaz, sebelumnya memang tidak ada pertengkaran dgn isteri saya
Tujuan saya mengulangi dan melafazkan perkataan tu hanya lah bertujuan untuk melawan bisikan was was saya dan cuba mengingat balik.

Adakah jatuh talaq?

Salam

Sdr kena rawati penaykit was was ini.. Itulah punca kepada seluruh masalah ayang berlaku dalam hidup saudara. Rawatilah secepat mungkin. Usah ditangguhkan. Usah dilayan mainan syaitan..

tk

Visitor IP: 183.171.183.38

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, February 3, 2018

Soalan: Ucapan talak yg x berbunyi talak


Nama*:Hakim
Tajuk*:Ucapan talak yg x berbunyi talak
Message*:Begini soalannya ustaz, mungkin soalan ini agak lucu, tapi penting untuk menambah pengetahuan saya berkaitan soal rumahtangga.
Saya mempunyai masalah dalam kawalan diri dari mengucapkan kata-kata talak ataupun cerai. Ada satu hari tue saya diganggu dengan bisikan-bisikan talak ataupun cerai. Bisikan tue seolah olah membuatkan saya ingin membuka mulut untuk melafazkan kata talak atau cerai. Mungkin perkara ini agak pelik bagi ustaz. Tapi saya x lah sampai buka mulat untuk mengucapkan kata talak atau cerai, cuma apa yang saya dengar dari mulut saya yg x membuka mulut adalah bunyi "eekk ekkk..." seolah-olah ingin menyebut perkataan talak, tapi disebabkn saya cuba menahan dari membuka mulut maka berbunyilah perkataan seperti itu. Adakah perkara ini boleh menyebabkn jatuh talak pada isteri saya
Salam

Talak tidak sah selagi tidak dilafazkan dneganjelas dan terang..


lafaz hendaklah jelas barulah jatuh talak.

tk

Visitor IP: 183.171.64.66

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA