Soalan: Berkata Bye Bye
Nama*: | Mie |
Tajuk*: | Berkata Bye Bye |
Message*: | Salam Ustaz....
Saya ingin bertanya pada Ustaz....Adakah perkataan Bye Bye itu satu lafaz?
Sebab saya selalu berkata bye bye pada Isteri saya tidak kira tempat dan tidak kira masa.Kadang - kadang saya bergurau dengan isteri saya dengan berkata bye bye...Saya tidak ada niat dan saya yakin tidak lafaz....
Soalan saya....Jatuh atau tidak Ustaz?
Terima Kasih |
File Upload: | |
Salam
Bye bye memanglah lafaz. Ia adalah perkataan yang disebut dan ia adalah satu lafaz yang jelas difahami dengan maksud 'berpisah'.
Tetapi tidaklah sebodoh itu suami menyebut bye bye untuk bermaksud cerai...
tk
Visitor IP: 60.52.64.46
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.