Soalan: Keraguan Lafaz Cerai
Nama*: | Mustafa |
Tajuk*: | Keraguan Lafaz Cerai |
Message*: | Assalamualaikum Ustaz.
Saya ada keraguan tentang lafaz cerai di bawah ini:
1. Aku ceraikan kau sekiranya aku berjudi lagi
2. Sekiranya aku berjudi lagi aku ceraikan kau
Soalan saya,
Adakah lafaz 1 & 2 ini sama? Ini kerana pada lafaz nombor 1, saya dapati ayat "aku ceraikan kau" didahulukan dan diikuti ayat "sekiranya aku berjudi lagi".
Adakah jatuh talak pada lafaz no. 1 ini serta merta semasa ia dilafazkan atau talak hanya akan jatuh sekiranya si suami berjudi lagi.
Mohon pencerahan daripada Ustaz.
Terima Kasih. |
File Upload: | |
Salam
Ia adalah sama sahaja dari apa yang dimaksudkan oleh suami. Ia adalah lafaz taklik untuk menceraikan isteri jika suami kembali berjudi.
Apabila lafaz ini diucapkan dihadapan isteri dan isteri mengetahuinya, maka ia sah menjadi TAKLIK. JIka suami berjudi selepas itu, maka tertalaklah talak satu ke atas isteri.
tk
Visitor IP: 175.137.64.98
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.