Monday, September 25, 2017

Soalan: hutang

Nama*:zila
Tajuk*:hutang
Message*:Assalam ustaz..sy isteri bekerja dan gaji sy lbh tinggi drp suami. Nafkah diveri RM100 sebulan dr dulu hingga skg dh 20 thun berkahwin. Perbelanjaan dapur suami beri RM250. Jika tak cukup saya kena tanggung. Segala perbelanjaa lain suami akan kira kongsi 50-50. Walaupun untuk makan dan belanja pakaian. Sy pernah suarakan tidak puas hati tapi suami melenting..sejak itu sy hanya diamkan diri krn x sanggup bergaduh dan bertekak. Hingga sekarang saya dh berhutang hmpir RM8000 dengan suami atas kos perbelanjaan isi rumah. Wlpn gaji sy lbh tinggi tp sy sentiasa guna duit gaji sy untuk anak2 dan diri sndri hingga setiap bulan gaji habis..sy amat sedih sbb sy x blh nk bela diri sndri.
File Upload:
Salam

Suami isteri tidak kira berapa pun pendapatannya, perlu berbincang dalam menentukan corak perbelanjaan rumah tangga. Sewajibnya suami menafkahkan semua perbelanjaan rumah, tetapi realiti kita sekarang, ia tidak pernah cukup. So, lazimnya suami dan isteri berkongsi menguruskan perbelanjaan rumah tangga.

Soal berkongsi inilah yang perlu dijelaskan butirannyaa, agar isteri tahu apa yang perlu dibantu dan suami pula tahu tugas dan amanahnya.

Jika dari awal perkahwinan, suami isteri tidak jelas, maka ia akan menimbulkan kes seperti ini.

Sekarang eloklah saya cadangkan puan bawa kes ini ke kaunserlor. Mereka boleh bantu memberi nasihat.

Pada saya, suami isteri seharusnya tidak ada hutang tertunggak.. jika ada pun, kira halal lah sebab itukan rumah kita juga.. anak-anak kita juga..

maaf n tk

Visitor IP: 60.53.187.93

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA