Monday, September 18, 2017

Soalan: Gangguan Was Was

Nama*:En. Am
Tajuk*:Gangguan Was Was
Message*:Assalamualaikum Ustaz....


Saya ada 5 soalan untuk bertanya dengan Ustaz :


1/. Jika Si Suami menceraikan isterinya hanya kerana gangguan was - was,sah atau tidak?

2/. Gangguan was was perlu pergi ke mahkamah?

3/. Saya pernah pergi ke pejabat agama dan mengadu masalah saya kepada pegawai disana...Saya berkata "Saya Yakin tidak lafaz dan saya yakin tidak terlafaz.....seorang diri saya yakin tidak ada,dihadapan isteri pun saya yakin tidak ada".Kemudian saya bertanya pada pegawai lagi "Cik,berdosakah kerana saya yakin....Saya cuma takut hukuman Allah diakhirat nanti".Pegawai itu menjawab "Itu awak saja yang tahu dan awak lebih tahu".....Saya berkata lagi "Cik,saya cuma was was....Saya memang ada gangguan was was"...Saya sambung lagi "Takkanlah (disebabkan) gangguan was was saya ceraikan isteri saya".....Jatuh atau tidak Ustaz?Saya yakin tidak lafaz dan tidak terlafaz......Saya takkan ceraikan isteri saya hanya kerana gangguan was - was.

4/. Keluarga saya tahu saya ada gangguan was was....Suatu hari tu Ibu saya melihat saya dalam keadaan murung lalu bertanya "Kenapa?" Saya menjawab "Dulu saya suka isteri saya tapi sekarang entah saya tak suka" (Saya tak ingat samada saya cakap "Entah saya tak suka" atau "Entah saya dah tak suka")....Jatuh atau tidak Ustaz? Saya tidak ada niat mungkin kerana gangguan was was saya berkata begitu.Ustaz,saya sayangkan isteri saya dan anak saya...Saya sukakan mereka berdua.

5/. Saya yakin tidak lafaz dan yakin tidak terlafaz tapi was was tetap bermain didalam fikiran saya dan ia datang secara tiba - tiba.Adakah ini mainan syaitan?


Terima Kasih
File Upload:
Salam

Penyakit was-was perlu dirawat segera. Belajarlah jadi manusia yang yakin dengan diri sendiri. Nak yakin perlulah ada ilmu. Belajarlah dulu ilmu agama khasnya tentang ilmu fiqh (termasuk fiqh perkahwinan).

Banyakkan istighfar dan moga kesembuhan ini akan menyelamatkan anda daripada bala berpanjangan seperti ini.

Pada saya, was-was seperti yang dinyatakan di atas, ia tidak menjatuhkan talak.

tk

Visitor IP: 175.143.100.137

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA