Nama*: | Mad |
Tajuk*: | Yakin tidak lafaz dan tidak terlafaz |
Message*: | Assalamualaikum wbt Ustaz, saya nak bertanya : 1/. Saya ada beritahu pada rakan saya (rakan sekerja) yang saya terlafaz seorang diri...Rakan saya kata tidak jatuh....Saya beritahu pada dia begitu disebabkan saya mengalami gangguan was was....saya yakin tidak lafaz dan saya yakin tidak terlafaz....Jatuh atau tidak Ustaz?Perlukah saya berjumpa dengan rakan saya untuk beritahu semula yang saya yakin tidak lafaz dan saya yakin tidak terlafaz? 2/. Suatu hari tu....Saya ingin menghantar borang pertanyaan kepada Ustaz.Semasa saya sedang menaip borang tersebut...saya berhenti sekejap untuk membuat kerja lain (kerja pejabat)...kemudian saya ingin sambung semula untuk taip borang tersebut secara tiba - tiba komputer saya break down...Saya buka semula komputer tersebut dan saya tengok borang yang saya taip telah hilang (ayat hilang)....Saya jadi was was....Saya yakin tidak lafaz dan tidak ada niat....Jatuh atau tidak Ustaz? Terima Kasih... |
File Upload: |
Lafaz cerai boleh terjatuh sama ada dilafazkan bersendirian oleh suami, atau disaksikan oleh sesiapa sahaja. Lafaz talak tidak memerlukan saksi. Jika suami pastikan dia sebut CERAI dan ia ditujukan kepada isterinya, maka ia akan menjatuhkan cerai ke atas isterinya.
Yang isi borang tu, tak ada kaitan dengan talak.. apa nak dirisaukan..
PErgilah belajar sikit ilmu fiqh munakahat. belajarlah perkara talak dan rujuk dan dengan ilmu sahaja baharulah anda akan YAKIN dengan apa tindakan yang dibuat... tanpa ILMU, anda akan kekal dalam keraguan dan tidak tahu..
tk
Visitor IP: 60.52.64.46
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.