Nama*: | Siti |
Tajuk*: | Was-was |
Message*: | Kesinambungan dari ini : 1- Assalamualaikum ustaz. Saya ragu dengan status hubungan. Saya dan suami ada bergaduh dalam sms. Suami pun sms "nama suami sah bercerai dengan nama isteri". Selepas itu saya datang jumpa suami dan bertanya niatnya dan suami cakap dia tiada niat cakap macam itu. Suami hanya nak gertak supaya saya berubah. Dan banyak kali saya tanya die cakap tiada niat. Suami cakap saya masih isteri die yang sah. Suami nak hilangkan rasa was-was saya dia cakap "nama suami rujuk kembali dgn nama isteri". Macam mana ustaz? Minta penjelasan.. Perlu ke saya pergi pejabat agama? Suami cakap tidak perlu.. jangan keruhkan keadaan.. Saya runsing sebab saya tak mahu ini berlaku. Saya sayang hubungan ini..suami pun sama.. macam ustaz? 2- Saya pergi pejabat agama, pegawai sana cakap hampir jelas. Perlu tanya suami apa niat dia. Jika tiada niat tiada apa tapi seeloknya buat pengesahan dengan hakim. Macam mana tu ustaz? Adakah benar jatuh? Atau hampir jatuh boleh diselamatkan lagi ke? |
File Upload: |
SMS diandaikan seperti ini; Halim sah bercerai dengan Midah;. SMS itu pun dihantar kepada isteri dan isteri pun baca.. Maka pada saya, jatuhlah talak satu.
Ini kerana tulisan yang jelas seperti itu tidaklah perlu ditanyai ada NIAT atau tidak lagi, kerana ia jelas dan terang akan maksudnya untuk cerai.
Apabila jatuh talak satu, jika dalam edah, boleh kembali rujuk...
Boleh dibawa kes ini ke pejabat agama untuk pengesahan. tk
Visitor IP: 183.171.69.196
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.