Monday, June 5, 2017

Soalan: Antara Niat dan Nazar

Nama*:Anaz
Tajuk*:Antara Niat dan Nazar
Message*:Assalamualaikum Ustaz.....


Saya baru mendapat anak lelaki pada pertengahan Mei 2017.Rakan saya sambil berseloroh berkata "Bagi makan kambing 2 ekor"....Lalu saya menjawab "In shaa Allah....niat itu ada".Saya memang ada niat untuk melakukan aqiqah untuk anak lelaki saya tapi saya tak kata berapa jumlah kambing untuk diaqiqahkan....Ini kerana masalah kewangan yang saya hadapi lebih - lebih lagi banyak bil2 dan pinjaman yang perlu saya jelaskan...dan saya tak pasti bila saya akan dapat melakukan aqiqah....saya hanya berkata "In shaa Allah"....Bila saya fikirkan ia menjadi tekanan pada diri saya.....


Soalan saya Ustaz......

1/. Adakah Niat atau Nazar itu sama maksudnya?

2/. Berdosa kah saya jika melambatkan niat saya untuk aqiqah, sedangkan
saya kurang sumber kewangan?

3/. Adakah diwajibkan melakukan 2 ekor kambing atau ikut kemampuan
untuk melakukan aqiqah?

4/. Ketika saya menjawab soalan rakan saya "In shaa Allah....niat itu ada",
adakah ia dikira nazar?


Sila Ustaz berikan pendapat........Terima Kasih
File Upload:
Salam

Lafaz seperti itu tidaklah dikira sebagai nazar. Ia tidaklah perlu ditunaikan. Nazar ini ialah ucapan dengan penuh kesedaran dan bersungguh-sungguh untuk menunaikan sesuatu setelah mendapat sesuatu yang dihajati..

Akikah adalah sunat, buatlah bila masa anda berkelapangan kewangan dan waktunya...

Sunat dua ekor kambing kepada anak lelaki, jika tidak mampu, bautlah seekor dahulu..

Ia tidak dikira nazar.

tk

Visitor IP: 60.52.64.128

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA