Nama*: | Siti |
Tajuk*: | Was-was status |
Message*: | Assalamualaikum ustaz. Saya ragu dengan status hubungan. Saya dan suami ada bergaduh dalam sms. Suami pun sms "nama suami sah bercerai dengan nama isteri". Selepas itu saya datang jumpa suami dan bertanya niatnya dan suami cakap dia tiada niat cakap macam itu. Suami hanya nak gertak supaya saya berubah. Dan banyak kali saya tanya die cakap tiada niat. Suami cakap saya masih isteri die yang sah. Suami nak hilangkan rasa was-was saya dia cakap "nama suami rujuk kembali dgn nama isteri". Macam mana ustaz? Minta penjelasan.. Perlu ke saya pergi pejabat agama? Suami cakap tidak perlu.. jangan keruhkan keadaan.. Saya runsing sebab saya tak mahu ini berlaku. Saya sayang hubungan ini..suami pun sama.. macam ustaz? |
File Upload: |
SMS nya seperti berikut; 'Halim sah bercerai dengan Halimah' dan SMS itu dihantar kepada isteri. Isteri pun membaca SMS berkenaan. Maka talak itu adalah sah dan terjadi.
Suami mendakwa ia dibuat tanpa niat.. Tanpa niat di sini sudah tidak boleh diterima lagi kerana perkataan itu adalah jelas dan terang. Maka terjadilah talak satu.
Tindakan suami merujuk semula itu adalah betul. Tetapi perlu diingat, talak telah terjatuh dengan talak satu.
tk
Visitor IP: 175.142.249.208
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.