Nama*: | hadi |
Tajuk*: | keliru |
Message*: | Assalamualaikum ustad Saya ada kekeliruan..ceritanya begini...satu malam saya bergaduh dengan isteri dan saya telah melafazkan satu ungkapan yang saya tidak pasti talak kinayah atau tidak..keesokkan paginya saya pergi ke surau untuk solat subuh...sepanjang solat fikiran saya diganggu dengan peristiwa semalam...semasa sedang iktidal sebelum sujud...saya berkata dalam hati pada Allah..."Ya Allah...jika aku sujud ni dada aku sakit..jadilah ("jadilah" disini yg saya maksudkan adalah betullah saya telah melafazkan talak secara kinayah kerana saya tidak dapat membuat keputusan )..semasa sujud saya tidak rasa apa2...selepas selesai solat...saya terfikir..apakah saya telah melafazkan ungkapan taklik ( saya memang jenis cepat was2...maafkan saya ustaz ) ..kerana ungkapan yang dilafazkan seperti memberi taklik...tapi saya teringat ...taklik jika dilafazkan didalam hati tidak dikira...tetapi ketika sedang ingin sujud mulut saya kumat kamit...saya tidak pasti adakah saya kumat kamit bacaan sujud atau ungkapan "taklik" tadi...saya jadi makin bimbang...semasa berjalan kaki pulang...saya cuba membezakan adakah lafaz tadi dari kata hati atau pergerakkan lidah...jadi saya cuba mengulangi kata tersebut..cuma kali ini saya tidak berani menggunakan perkataan sakit dada ( mana tau Allah makbulkan x pasal2 )...jadi semasa jalan saya ternampak rumah beratap warna merah...jadi saya berkata "kalau merah jadi" kemudian saya nampak pokok dan saya berkata "kalau hijau jadi"...tiba2 terlintas di hati "ceraikan isteri" secara tiba2 tetapi tidak dilafazkan..ini disebabkan penyakit was2 saya yang sangat teruk...jadi soalanya disini...adakah lafaz "kalau merah jadi" dan "kalau hijau jadi" diikuti lintasan hati tadi dikira taklik...risau saya ustad.. |
File Upload: |
Suadara ini berpenyakit was-was. Itulah puncanya.
KEsnya tidaklah seberat mana.. tetapi oleh kerana was-was ia tealh merosakkan dan mengganggu solat anda, merosakkan fokus pada kerjaya, selalu bimbang dan tidak yakin dengan diri sendiri.
Oelh itu, ubatilah dan hindarilah was-was. Ia bahaya sebenarnya... BElajarlah ilmu fiqh dan berpegang kepada ilmu dengan penuh yakin dan pasti... Ilmu itu cahaya untuk hidup..
Pada saya, ia tidak terjadinya talak kerana talak hanya akan terjadi dengan lafaz yang jelas dan terang.
tk
Visitor IP: 175.141.202.5
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.